Tuesday, 9 December 2014

Pulut Kuning

Salam...

Hari tu pi makan kat Chawan Citta Mall...si nombor satu order pulut kuning dgn rendang...hmmmm...ehh anak...takdak menu lain ka hang nak order...dia makan sikit je...nasib la mak hangpa memang perut saiz xxl...mak depa yg tolong perabih...

Hari ni...terasa mcm nak mkn pulut kuning pulak...

Saya buat tak banyak...cukup untuk sekali makan anak beranak...

Apa lagi...ke dapur lah kita...



Ini resepinya

Resepi Pulut Kuning

Bahan

- 1 cawan beras pulut
- 1 cawan santan pekat ditambah 1 sudu teh garam
- 1 keping asam keping
- sedikit serbuk kunyit

Cara


  1. Basuh pulut hingga bersih. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai, tambahkan air, serbuk kunyit dan asam keping. Rendam 1-2 jam.
  2. Panaskan kukusan, toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang. Kukus hingga pulut lembut.
  3. Keluarkan pulut dari pengukus, gaulkan dengan santan pekat hingga sebati. Rasa sedikit, jika kurang masin, tambahkan sedikit garam lagi.
  4. Kukus lagi hingga pulut masak sempurna.
  5. Tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Saya makan pulut ni dengan daging hitam manis (resepi DI SINI)...hmmmmm sedapnya...sebab dah lama tak makan pulut ni...

Apa lagi...cubalah...

Babai..


No comments:

Post a comment