Monday 6 April 2015

Tua!....dan Victoria Sandwich Cake

As salam...



Ehhhh....hari ni 6 April lah...hmmm...
Saya dpt sms di awal pagi...a birthday wish...teka...dari sapa?
*
*
*
*
Klinik Gigi....
*
*
*
Hahaha...
Ada promotion sempena birthday..
Haishhh...ingat boleh dapat cabut gigi percuma.... lalala...

Lepas tu...bertubi-tubi ucapan masuk... sempena birthday tuan tanah yg ke-18 ni...
dari siblings n inlaws...ohhhh...tq...tq...

*
*
*
Tapi  tunggu jugak birthday wish dari boss besar...takdak...semenjak kawin...dia tak pernah ingat birthday saya pun...hahaha...takpe.. nak bagi fair n square...birthday boss besar pun...saya buat taktahu jugak....adil kan?...lalala

Jadi utk menyeronokkan diri sendiri...saya buat cake utk diri sendiri...nyanyi sendiri...potong cake sendiri...makan pun sendiri...hahaha...ohhhh...takdelah semua sendiri...dgn anak2 lah...boss besar...balik lambat...hahaha...dia memang taktau langsung pasal hari ni...lagipun...nanti si nombor satu nak pi tuition pulak...

Oklah...sempena birthday ni...saya buat victoria sandwich cake ..tgk resepi mcm senang...pernah makan sekali...masa tu SIL yg buat...

Resepi Victoria Sandwich Cake

Bahan
- 250g butter
- 250g gula castor
- 250g telur (saya guna 5 biji)
- 250g tepung naik sendiri
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar susu segar

Cara
  1. Panaskan oven 160C.
  2. Pukul butter dan gula castor hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
  4. Kemudian tambahkan esen vanilla. Kacau sebati.
  5. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semuanya sebati.
  6. Seterusnya,masukkan susu segar dan kacau rata.
  7. Pindahkan adunan ke dalam dua loyang 8" yg telah digliss dengan sedikit butter.
  8. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Untuk tahu kek masak atau belum, cucuk kek dgn lidi,jika lidi keluar bersih, kek telah masak.
  9. Sejukkan kek di atas redai sebelum dihias dgn cream dan strawberry jem.

Okay...sementara nak tunggu kek sejuk...kita sediakan cream dan juga bahan hiasannya.

Bahan untuk lemon cheese cream
- 1 1/2 cawan non dairy whipping cream
- 60g cream cheese
- 2 sudu besar esen lemon

Cara
  1. Pukul cream cheese dan esen lemon sehingga gebu. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yg lain, pukul whipping cream sehingga kental.
  3. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream. Gaul sebati. 
  4. Pindahkan adunan cream kedalam piping beg. Sedia untuk digunakan.
Bahan untuk hiasan
- strawberry jem/strawberry filling
- strawberry segar
- blueberry segar

Sekarang,kek dah sejuk,cream dan fresh fruits pun dah ready, jom hias kek.
  1. Letak satu keping kek di atas cakeboard. Paipkan cream diatas permukaan kek. Kemudian letakkan pula strawberry jem/strawberry filling.
  2. Seterusnya, letak kepingan kek yg kedua di atas lapisan kek yg pertama. Ulang langkah 1. 
  3. Hiaskan dengan buah strawberry dan blueberry.
  4. Masukkan sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nampaknya...anak2 saya enjoy betul makan kek ni...tapi depa komplen jugak...kenapa tak tunggu depa balik sekolah...boleh buat kek sama2...
hmmmmm...anak oiiii...kalau tunggu hangpa balik sekolah...pukul berapa kek nak siap...

Apa pun bersyukur kepada Allah...atas segala kurnian- Nya...semoga saya akan jadi manusia yg lebih baik...Ameen...

Babai

No comments:

Post a Comment