Saturday, 18 April 2015

Kari Kepala Ikan

As salam...

Buat apa hari ni?
Saya biasalah...rutin sama je setiap hari...lagipun boss besar takdak...malam satgi baru balik...kesian jugak kat bebudak ni...tak pi mana pun bila time hujung minggu...maklumlah boss besar...fully booked...wahhhh...
nampak macam boss besar ni jejaka terhangat di pasaran...ngekkkk...

Saya pun tak rajin nak bawak depa keluaq...bukannya apa...nak kena kepung 5 askar ni...satgi tak pasal2...
keluaq sora cikgu vokal...pitching paling tinggi...hahaha...
sabar je lah anak...nanti mak pujuk bapak...bawak hangpa pi jalan2...

Hari ni saya nak masak kari...ada kepala ikan jenahak dgn ikan merah dlm freezer...lepas tu tambah lagi dua keping isi ikan merah...hmmmm...bila dah masak...banyak pulak...sekuali kari ikan ni...

Resepi ni lain drpd yg lain...itu sebab saya nak cuba...

Jom...tengok resepinya...
Resepi Kari Kepala Ikan

Bahan
- 2 ketul kepala ikan + 2 keping isi ikan merah
- 1 cawan serbuk kari ikan Faiza
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 mangkuk air asam jawa ( 1 sudu makan asam jawa bancuh dgn air)
- santan dari setengah biji kelapa
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menumis

Bahan sayur-sayuran
- 4 biji terung belah dua
- 6 biji bendi 
- 2 biji tomato belah empat
- 2 biji cili hijau
- sedikit daun pudina

Bahan tumis

- 2 inci lengkuas + 2 batang serai ditumbuk
- 1 sudu makan halba campur
- 10 ulas bawang putih dihiris
- 1 labu bawang holland dicincang
- 3 pelepah daun kari
- 1 pokok daun ketumbar
- 3 helai daun pandan disimpul

Cara

  1. Bersihkan ikan dan digaram kunyitkan. Ketepikan.
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dgn sedikit air utk dijadikan pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan pes rempah kari. Goreng hingga pecah minyak. Kacau supaya tak hangit.
  5. Apabila sudah terbit minyak, tambahkan air asam jawa. Kacau sebati.
  6. Seterusnya, masukkan ikan dan santan. Kecilkan api.
  7. Tunggu hingga mendidih. Perisakan dengan garam. Kacau perlahan supaya ikan tak hancur.
  8. Apabila telah mendidih, masukkan semua bahan sayur. Masak sehingga sayur layu.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Masa masak kari ni...harum semerbak dapur...wangi kari...tambah dgn aroma pandan...dan sedapnya bila dapat meratah kepala ikan....

Anak-anak...depa makan isi...mak...pak yg makan kepala ikan...satu untuk boss besar...satu untuk si tukang masak...

Okaylah...nak pi buat aiskrim dgn si nombor empat...dari tadi dok mintak nak buat aiskrim...

Selamat berhujung minggu....

Babai

No comments:

Post a comment