Sunday, 19 April 2015

Pek Peknga Tempek Tempek Dalam Belanga!

As salam...

Pernah makan peknga tak? Ini antara menu makan pagi masa saya kecik2 dulu...mak selalu buat...peknga ni di makan dgn kari ikan 'perangat' (kari semalam yg dipanaskan)...takdak kari...gula pun okay...

Sebab kari ikan semalam ada lagi...kelapa parut pun ada...jom buat pek pek nga...


Resepi Pekpeknga 

Bahan
- 2 1/2 cawan kelapa parut (bahagian putih shj)- sedap kalau kelapa yg muda)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- garam secukup rasa
- 1 sudu teh gula
- sedikit minyak utk dioles pada kuali

Cara


  1. Campurkan semua bahan. Gaul sebati.
  2. Perap sekejap (10 minit) supaya kelapa mesra dgn tepung.
  3. Panaskan kuali, oleskan sedikit minyak. (Saya guna pemanggang ajaib, tak guna minyak)
  4. Ambil satu senduk adunan, ratakan pada kuali, terpulang samada hendak nipis ataupun tebal.
  5. Apabila sebelah peknga telah garing, terbalikkan. Masak sehingga kedua-dua belah peknga garing dan masak.
  6. Sedia utk dinikmati.
Masa saya tgh tulih entry ni...boss besar tgh mesin rumput...memang dah panjang sgt rumput tu...okaylah tu satgi lepas dah settle semuanya...bolehlah pekena peknga cicah kari perangat... dan jugak secawan nescafe panas...

Hmmmm...uolls sarapan apa pagi ni?

Babai


No comments:

Post a comment