Sunday 5 April 2015

Ayam Goreng Kunyit

As salam...

Hari ni masak sempoi ja...biasa la...*malas mode on*

Resepi ni...saya tuju khas dekat MAT...yg dah 2 minggu duduk kat Jepun...setakat ni...MAT hepi...
Ini MAT
Memandangkan resepi ni senang...MAT...
hang buleh masak la lepas ni...bagi kawan hang rasa...

Meh...tengok resepinya...kalau tukang masak otai...depa tak tengok dah resepi mcm ni...ini resepi masak pejam mata je bagi depa...hahaha...


Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan
- 1 mangkuk isi ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 hiris halia
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 biji cili merah dihiris kasar
- 1/4 biji capsicum dihiris
- 10 biji baby carrot dibelah dua
- 10 batang kacang buncis dihiris
- 1/2 cawan air
- serbuk kunyit
- garam
- secubit lada sulah
- sedikit minyak masak

Cara
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada isi ayam. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan ayam. Goreng hingga ayam kecut dan garing.
  4. Tambahkan air dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Masukkan carrot, kacang buncis. Goreng sehingga sayur agak layu.
  6. Kemudian, tambahkan bawang besar, cili merah dan capsicum. Gaul rata.
  7. Tambahkan lada sulah dan perisakan dgn garam jika perlu.
  8. Tutup api apabila ayam dan sayur masak sempurna.
  9. Sedia utk dihidangkan. 

Haaaa...senangkan...apa lagi...boleh lah cuba resepi sempoi ni...hmmmm...sbb MAT suka makan pedas...ketuklah dua tiga cili padi...masukkan sekali masa masak tu...

Babai

No comments:

Post a Comment