Saturday, 25 April 2015

Roti Nutella

As salam...

Buat roti adalah satu benda yg saya suka...kalau saya tak gembira....saya akan buat roti...hahaha...maka hari ni...jom kita buat roti...

Asas buat roti ni..sama je...cuma filling tu yg macam2...hari ni saya guna nutella...pasal tu lah tajuk roti ni...roti nutella...utk menggembirakan hati lagi...saya susun macam kelopak bunga...diinspirasikan dari SINI...
*ayat sungguh skema sekali*...

Hasil kejadian...mestilah sedap...segebu pipi si nombor lima...bila makan masa roti baru keluar dari oven...terus terbang rasa tak gembira tu...hahaha...
nasib roti ni menjadi...kalau tak...mesti saya masih bermuram durja lagi...*ayat buku lagi*

Jom tengok resepinya

Resepi Roti Nutella 



Bahan
- 330g tepung roti (saya guna tepung pau)
- 11g yis mauripan
- 120ml air suam
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 biji telur
- 40g gula castor
- 30g mentega
- 1 sudu teh bread improver
- secubit garam
- nutella secukupnya

Cara
  1. Campurkan air suam, susu pekat dan yis. Biarkan hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung,gula castor, garam,mentega dan bread improver. Gaul hingga semuanya sebati.
  3. Kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, masukkan larutan yis dan telur. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan kenyal.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dan saiznya menjadi dua kali ganda.
  5. Setelah doh kembang,tumbuk-tumbukkan doh dan bahagikan kepada doh kecil.(32 doh kecil).
  6. Canai doh kecil,sapu nutella,lipat dan kapit kedua hujungnya. Susun atas dulang.
  7. Buat sehingga habis. Rehatkan doh sehingga kembang.
  8. Kemudian, masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 10-15 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega.
  10. Sedia utk dihidangkan.
Sedapnya...tak sedar pun...satu-satu kelopak roti ni masuk mulut...macam kak jun @juncupcakekasih...dia letak sardin...hmmmm...next time...saya nak letak sardin pulak...pasti meletoppps...

Hmmm...si nombor lima ikut boss besar pi fix basikal...bila dia balik...dia tunjuk kepala dia...nangis...saya bagi mandi...bagi susu...dan terus tido...
Saya rasa...si nombor lima sedih sebab boss besar botakkan kepala dia...kesian anak mak sorang ni!


Babai

No comments:

Post a comment