Thursday, 2 April 2015

Strawberry Cheese Tart

As salam...

Semalam cheddar cheese...hari ni...cream cheese pulak...hahaha...saya mmg suka makan cheese...

Dalam peti ais...mmg ada stock buttercup dgn cream cheese...jadi saya nak buat cheese tart je...

Sambil tgk tv...saya settlekan tart crust dulu...nanti bila dah bertenang...si nombor empat dgn si nombor lima dah tido...saya buat isi cream cheese dia pulak....

Tapi saya cuma berangan-angan je...supaya panglima dua org tu nak tidoq...depa takmau tidoq...tahan mata...tapi yg bagi stress...si nombor lima buat perangai..saya pi bilik air pun menangis...dok melekat pegang kaki je...

"Anak oiii...kalau kita ada org gaji 18 org...mmg mak peluk kamu je 24 jam...ini tak...mak sorang yg kena buat semua...takdak sapa pun tolong mak...hatta bapak kamu pun...opppssss!"

Dan...bila tak kerja ni...saya takdak kawan...nak call member pun...depa kerja kan...end up...saya stress sorang2...hahaha...nak hilang stress tu...saya akan baking...masak...dan terbaru...saya nak tanam sayur...gila!

Wehhhh...panjangnya mukadimah cheese tart ni...hahaha...jom tgk resepinya...

Resepi Strawberry Cheese Tart

Bahan
Untuk tart crust/shell
- 170g butter
- 50g gula icing
- 290g tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla

Utk filling
- strawberry jam secukupnya

Cara
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Tambahkan telur dan pukul lagi hingga sekata.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh.
  5. Ambil sedikit doh, dan tekankan ke dalam acuan tart. Ketebalan tart crust tu terpulang pada citarasa individu.
  6. Buat sehingga habis dan kemudian cucuk permukaan tart crust itu dgn garfu sebelum dibakar.
  7. Dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C, bakar tart crust selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan sebelum diletakkan filling.
Bahan untuk cream cheese
- 250g cream cheese
- 50g gula castor
- 1 biji telur gred c
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
  3. Ambil sedikit adunan (1 sudu makan) dan ditambahkan dgn pewarna merah. *diguna utk buat corak nanti*
  4. Masukkan baki adunan cream cheese ini ke dalam piping beg sblm digunakan.
Sekarang, kita akan isikan cream cheese ini ke dalam tart crust.
  1. Letakkan sedikit strawberry jam di dasar tart crust.
  2. Paipkan adunan cream cheese hingga penuh.
  3. Buat sehingga habis.
  4. Kemudian, ambil adunan cream cheese yg telah diwarnakan, lorekkan di atas permukaan cream cheese tadi.
  5. Masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 170C selama 5- 10 minit. Cream cheese masak apabila permukaan atasnya tidak melekat lagi apabila disentuh.
  6. Sedia utk dihidangkan.
Satu adunan doh, saya dpt 36 tart crust. 
Nampaknya anak-anak saya pun suka makan...baguih...baguih...sudah bertambah geng saya...hahaha

Selain strawberry...macam2 filling yg boleh guna....kiwi,mango, blueberry...beli je kat kedai bahan bakeri tu...
Hmmm..puas hati saya...hilang stress...rasanya kalau saya uli doh buat roti bila stress ni...mesti gebu gebas jadinya...hahaha

Oklah...selamat membuat cistat!

Babai

No comments:

Post a comment