Saturday 7 November 2015

Masak Lemak Fucuk dan Kentang

As salam...

Hari ni saya goreng ikan gelama masam dan nak bagi kick, saya geng kan dgn masak lemak dan jugak sambal belacan...

Bertabahlah anak2...kali ni kena ikut selera mak pulak tapi biasalah hati mak2 kan...goreng jugak ayam untuk depa...

Sayur fucuk ni feveret saya tapi anak2 tak suka, jadi depa cuma makan kuah dan kentang je...


Okaylah...ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Fucuk dan Kentang
Bahan
- 100g fucuk dan suhun direndam sekejap dan toskan
- 2 biji kentang potong wedges
- 1 sudu makan udang kering
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1 ulas bawang putih dihiris
- 1 biji cili merah dipotong kasar
- 1 kotak kecil santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Cara

  1. Satukan bawang merah,bawang putih,udang kering dan kentang. Masukkan air separas kentang. Rebus hingga kentang setengah masak.
  2. Kemudian masukkan fucuk dan suhun. 
  3. Tambahkan air dan cili merah. Masak hingga fucuk lembut.
  4. Masukkan santan. Kacau sebati
  5. Perisakan dgn garam.
  6. Tutup api apabila kuah mendidih dan kentang empuk sepenuhnya.
  7. Siap.
Senangkan...masukkan semua dan rebus...saya lebihkan kuah..maklumlah anak2 kan makan kuah dan kentang saja...

Hmmm...bertambah2 saya makan nasik berkadar langsung dgn ukur lilit lemak kat perut bila dah jumpak menu mcm ni...

Setakat ni, pencapaian terbaik selama jadi surirumah ni...badan sudah gemokkk dan nampaknya kena tempah baju baru nak pakai pi kerja nanti...

Okaylah...nak bagi si nombor lima tidoq pulak ni....hmmmm...selamat memasak ya!

Babai

5 comments: