Friday, 13 November 2015

Kek Untuk Maryam!

As salam...

Semalam kan saya ada cerita yg saya kukus kek utk si nombor tiga...

Hari ni, lepas subuh terus ke dapur nak deco kek...buat awal sebab satgi nak pi recce jalan cari dewan tempat si nombor empat punya program esok...keletang keletung...50% je siap deco sbb kitkat tak cukup...aishhhh...speedmart bukak pukul 10...lambat lagi...jadi saya ajak Boss Besar recce jalan dulu...owh ya...hari ni dia tak pi keja sbb pukul 11.30 dia nak pi outstation...selesai cari dewan tu...kat mana nak parking...pi speedmart cari kitkat dan packing pulak barang Boss Besar ..phewwww... rasa mcm nak ada tangan extra je...hikssss...

Pukul 11.30, babai Boss Besar naik teksi...settlekan kek sbb pukul 12 pulak nak pi amik si nombor satu balik sekolah...

Alhamdulillah kek siap walaupun tak secantik kek yg dibeli tapi si nombor tiga sangat hepi...

Inilah keknya...utk org yg tak reti deco mcm saya ni...guna kitkat,tabur chocolate rice dgn m&m je...hahaha...



Okay...ini resepinya
Resepi Kek Untuk Maryam
Bahan
Untuk kek coklat kukus
- 4 biji telur
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak jagung
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Ayak semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula castor hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.
  4. Tambahkan susu cair,minyak masak dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah dialas dgn kertas minyak.
  7. Kukus selama 1 jam.
  8. Angkat dan sejukkan.
Untuk chocolate ganache
Bahan
- 2 sudu teh gelatin 
- 100ml air
- 200ml whipping cream
- 500g chocolate coins
- 1 sudu besar golden syrup
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Satukan gelatin dan air. Biarkan sehingga gelatin kembang.
  2. Panaskan gelatin secara double boil sehingga gelatin larut. Ketepikan.
  3. Masak whipping cream secara double boil sehingga suam. Masukkan coklat dan kacau sehingga coklat larut. Tambahkan golden syrup dan esen vanilla. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan chocolate ganache ke dalam piping beg. Rehatkan di dalam peti ais sehingga kelikatan coklat seperti nutella.
Untuk hiasan
- chocolate rice,kitkat, m&m

Sekarang jom hias kek...
  1. Bahagikan kek kepada dua bahagian.
  2. Ambil satu keping kek, paipkan coklat ganache di atas permukaannya. Ratakan.
  3. Letakkan satu lagi kepingan kek diatasnya.
  4. Kemudian, paipkan coklat ganache ke seluruh bahagian kek. Ratakan.
  5. Susun kitkat di sekeliling kek. Taburkan coklat rice dan m&m ikut citarasa.
  6. Siap.
Nampaknya si nombor tiga sangat suka bila tgk kek ni...excited dia nak bawak pi sekolah...nak makan dgn kengkawan...

Lega betul bila dah siap...tercapai la hajat si nombor tiga tu cuma dia tanya kenapa takdak party packs...itu kena tunggu ayah balik lah...mak kan tak kerja...muahaha...

Babai


No comments:

Post a comment