Wednesday, 18 November 2015

Pad Thai

As salam...

Ini menu utk dinner semalam.. selalunya bila Boss Besar ada makan kat mana2, bila balik dia akan cerita kat saya...amboiii...bukannya tapau makanan ya...cerita aje..hahaha..jadi bini yg terlioq dgn cerita makanan tu akan cuba buat ikut apa yg Boss Besar cerita lah...saya pesan lain kali amik gambaq jugak, lagi senang nak tiru menu tu...

Tapi Pad Thai ni bukan menu yg Boss Besar cerita...yg ini saya teringin nak cuba...sbb masa pi Giant hari tu, saya nampak Pad Thai ni...apa lagi, sambarlah sebungkus...dan dlm bungkusan tu dah disediakan seasoning,tapi  kali ni saya buat seasoning sendiri je...


Okay...panjang pulak mukadimahnya...meh tengok resepi ni...
Resepi Pad Thai
Bahan
- 1 bungkus instant pad thai noodles dicelur dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
- 15 ekor udang
- 2 biji telur
- 1/2 cawan air asam jawa
- 4 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula nise
- 1 cawan tauge
- 1 ikat daun bawang dihiris kasar
- sedikit kacang tanah yg ditumbuk
- chilli flakes secukupnya
- minyak utk menumis
- air jika perlu

Hiasan
- hirisan carrot, daun ketumbar, limau nipis.

Cara
  1. Untuk sos pad thai, satukan air asam jawa, sos ikan dan gula nise. Masak hingga semuanya sebati. Pastikan cukup rasa manis,masam dan masinnya. Ketepikan.
  2. Kocokkan dua biji telur dan digoreng hancur. Angkat dan ketepikanm
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang. Kacau sebati.
  4. Apabila udang bertukar warna, masukkan pad thai yg telah dicelur. Tambahkan sos pad thai. Kacau sebati.
  5. Masukkan telur,tauge dan daun bawang. Gaul rata.
  6. Jika kurang masin, tambahkan sedikit sos ikan.
  7. Tutup api dan sedia utk dihidangkan.
  8. Untuk menghidang, letakkan pad thai ke dalam pinggan. Taburkan kacang tanah dan chilli flakes. Letakkan juga hirisan carrot, limau nipis dan daun ketumbar.
  9. Siap. Sedia utk dinikmati.


Okay...macam mana rasanya ..hmmm...
rasa pad thai ni simple je...mmg kena makan dgn kacang tanah tumbuk dan jugak chilli flakes, lepas tu perah limau nipis...baru lah terasa masam,pedas dan jugak crunchy kacang...kalau makan kosong mcm tu mmg tak puas lah...

Pad thai yg dah dicelur.
Next time, mungkin buleh tambah ayam,fish ball dan fish cake...digoreng mcm buat kuey teow goreng tu...apa pun pad thai ni masih lagi sedap dan sgt sesuai utk org nak diet...saya akan buat lagi pad thai ni...sbb saya suka...

Jadi apa lagi...jom ber pad thai!

Babai

No comments:

Post a comment