Tuesday 10 November 2015

Makan Pizza

As salam...

Buat apa cuti hari ni? Kami anak beranak duduk kat rumah je...cuma malam satgi Boss Besar ajak pi umah adik dia...baiklah Boss!

Hmmm...lepas makan nasik...hmmm...kami makan awal...pukul 11 dah lunch sbb anak2 bangun lambat... nampaknya tak jadi lah breakfast kat luar...saya terus masak nasik je...

Lepas tu dalam pukul 2...mula lah depa dok keluaq masuk dapoq...bukak tutup peti ais...lapaq lah tu...jadi saya pun uli tepung buat pizza je...satu adunan ni dpt dua regular pizza...toppingnya pulak...ikut konsep apa yg ada dlm peti ais...


Okaylah...meh tengok resepi ni...
Resepi Homemade Pizza
Bahan
Untuk doh
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula castor
- 1 1/2 sudu besar instant yeast
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1 1/2 cawan air

Untuk topping
- sosej
- beef pepperoni
- capsicum
- nenas
- sos pasta adabi
- parutan keju mozarella
- mayonis
- sedikit oregano
- sedikit minyak utk disapu

Cara
  1. Untuk doh, larutkan gula di dalam air. Tambahkan yis. Tunggu hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Tambahkan minyak dan garam. Uli lagi hingga lembut.
  3. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda
  4. Kemudian, ambil doh,tumbukkan utk membuang angin. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
  5. Ambil doh dan leperkan atas pizza pan atau tudung periuk. Sapu sedikit minyak pada pizza pan / tudung periuk.
  6. Cucukkan dengan garfu dan kemudian sapu rata seluruh permukaan dengan sedikit minyak masak sebelum disapu dgn sos pasta.
  7. Taburkan topping ke serata bahagian pizza. Paipkan mayonis jika suka. Akhir sekali taburkan keju mozarella dan sedikit oregano.
  8. Rehatkan doh yg telah ditabur topping sehingga doh naik sedikit (5-10minit)
    Sebelum masuk oven.
  9. Sementara menunggu doh rehat, panaskan oven pada suhu 250C selama 10 minit.
  10. Kemudian, masukkan doh pizza san bakar selama 10-15 minit.
  11. Keluarkan dari oven. Sedia utk dinikmati.
Sedap pizza buat sendiri ni...sbb topping ikut citarasa sendiri...kulit pizza pun best...tebal dan gebu...hmmm...kalau nak buat nipis pun buleh...leperkan jadi nipis je...owhhh ya...doh pizza ni melekat, jadi tak payah canai...tekan2 je kat pizza pan/loyang...masa tu...nak nipis ka..tebal ka...sila buat keputusan sendiri okay...

Dua keping pizza ni sekejap je jadi hidangan rakyat jelata...lapar lah tu ..cuma si nombor empat dok komplen sbb dia tak suka capsicum dan nenas...

Okaylah..selamat mencuba ya!

Babai

No comments:

Post a Comment