Wednesday, 11 November 2015

Sizzling Mee

As salam...

Menu malam ni macam biasa lah...bukan nasik...owhhh nampak gayanya kami sefamili mmg kena diet lah...

Maklumlah dah hampir setahun saya tak kerja...saiz badan anak2 dah membulat dgn jayanya...berat terkini si nombor dua yg baru umur lapan tahun ialah....jeng...jeng...jeng...50kg...dia rendah...mmg nampak ketara kegemukan dia tu...*tepuk dahi*

Masa pi giant hari tu saya ada beli shitake mushroom...nak simpan lama takut rosak pulak...jadi buat kuah sizzling lah..cuma saya takdak yee mee...yg ada flat noodles yg kering tu...takpelah..buleh jugak kan...


Okay...ini resepinya
Resepi Sizzling Mee
Bahan
- 1 bungkus instant flat noodles
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 1 peket cendawan shitake
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air 
- 7 cawan air
- 3 - 4 biji cili kering dipotong kasar
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- telur
-sayur sawi pakchoy secukupnya

Cara

  1. Tumbuk bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Ayam dibasuh bersih. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
  5. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram,kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau sebati.
  6. Seterusnya, masukkan air dan kiub pati ayam. Masak hingga mendidih. 
  7. Kemudian, masukkan cili kering yg dipotong. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Apabila ayam telah masak sempurna. Masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah likat dan berkilat.
  9. Tutup api.
  10. Untuk menghidang, ambil kuali kecil, masukkan kuah sizzling secukupnya. Masukkan flat noodles. Masak hingga flat noodles empuk.
  11. Susun cendawan shitake,ayam dan sawi pak choy di sisi kuali. Pecahkan telur.
  12. Tunggu hingga telur 3/4 masak dan sedia utk dihidangkan.
Macam tu lah cara saya masak sizzling mee ni...maklumlah takdak sizzling pan tu...belasah guna kuali kecik je dan lepas tu tuang dalam pinggan..dari segi presentation tu hancusss lah tapi nasib baik rasanya sedap...

Tapi muka si nombor dua masih tak puas hati sbb tak dpt makan nasik...hahaha..hang kena dietlah wahai anakku!

Hmmmm..jadi selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment