Wednesday 4 November 2015

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah yg Sempoi!

As salam...



Hari ni saya buat menu yg sempoi...malas nak pikiaq nak masak apa...hahaha...

Menu ni saya boleh cakap sbg menu budget sbb bahan tak banyak tapi rasanya sedap...pasaipa saya kata sedap...sebab si nombor dua mintak nak tapau nasik ni pi sekolah kebangsaan...jarang dia mintak nak tapau nasik pi sekolah kebangsaan...selalunya bawak roti je..

Okaylah jom tengok resepinya
Resepi Nasi Tomato
Bahan
- 4 cawan beras
- 5 1/2 cawan air
- 2 sudu besar susu cair
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar tomato puree
- 2 sudu makan kismis
- 1 inci gula batu
- garam secukup rasa

Cara
  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Panaskan periuk. Masukkan marjerin.
  3. Apabila marjerin mula cair, tumis bawang putih,bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
  4. Setelah bahan tumis garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan susu cair. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan beras. Kacau sebentar.
  6. Kemudian, tambahkan air, gula batu dan garam secukup rasa.
  7. Pindahkan periuk ke dlm rice cooker dan masak seperti biasa.
Sementara menunggu nasi masak. Kita buat ayam masak merah pulak...


Resepi Ayam Masak Merah
Bahan
- 1 ekor ayam dibersihkan.
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 batang serai*
- 1/2 inci belacan*
- 15 biji cili kering direbus dan ditoskan.
- 3 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan tomato puree
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit air
- minyak secukupnya

Cara
  1. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap 10 minit. Goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Kisar cili kering hingga halus. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk kecil minyak menggoreng ayam. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila terbit bau, masukkan campuran bawang yg dikisar tadi. Masak sehingga garing. Tambahkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Kemudian,masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Tambahkan sos tomato, tomato puree dan sedikit air.
  7. Perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati.
  8. Masak sehingga sedikit kering.
  9. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  10. Sedia utk dimakan bersama nasi tomato.
Sepatutnya kena buat jelatah...baru lah lengkap nasi tomato ni tapi saya malas nak ke kedai pi beli timun dgn nenas...hmmmm kita makan apa yg ada je...lagipun Boss Besar tak makan nasik utk dinner...jadi kalau buat jelatah pun setakat saya je yg nak makan, mcm tak berbaloi pulak...budak2 ni ada lauk ayam kira dah okay lah tu...

Bagus kan resepi ni...tak dak guna santan pun...bahan2 nya pun yg basic aje, yg memang ada kat rumah kan...saya pikir kalau ada tetamu nak mai pun, buleh sediakan nasik tomato ni...ringkas dan sedap...

Okay...jadi apa lagi...jom masak nasik tomato!

Babai

No comments:

Post a Comment