Saturday, 28 November 2015

Pau Goreng Kacang Merah

As salam...

Dah lama tak makan pau goreng...jadi pagi ni kita buat pau goreng lah...

Ini resepi yg simple...takdak guna telur,shortening atau butter..kira baguihlah sbb mmg stok shortening dah abih...

Satu adunan ni dpt dlm 30 biji pau goreng...kira puaslah dok berulang makan...



Hmmm...apa lagi...meh tengok resepi pau goreng ni...
Resepi Pau Goreng
Bahan
- 500g tepung pau
- 70 ml minyak jagung
- 60g gula castor
- 1 peket instant yeast
- 220 ml air suam
- 1/2 sudu teh garam
- inti kacang merah secukupnya
- minyak utk menggoreng secukupnya

Cara
  1. Satukan air suam, yeast dan gula. Biarkan sehingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, garam dan minyak. Gaul sebati.
  3. Masukkan campuran yeast ke dalam tepung. Uli hingga menjadi doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung dan jika keras, tambahkan sedikit minyak.
  4. Kemudian bahagikan doh kepada 30 bahagian doh kecil. 
  5. Ambil satu doh kecil, isikan dgn inti kacang merah, tutupkan inti dan leperkan.
  6. Buat sehingga habis.
  7. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.
  8. Panaskan minyak, goreng doh pau hingga masak. Terbalikkan kedua belah bahagian utk pastikan doh masak sempurna.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Sedia utk dinikmati.

Kira pau goreng ni paling sempoi lah sbb bahannya tak banyak, lepas tu tak payah tunggu lama, lepas uli terus bubuh inti dan cuma rehatkan sekejap je sblm digoreng.



Hasil kejadian pau ni, hmmmm sedap cuma inti kacang merah je yg tak kick...inti tu saya buat sendiri tapi ntahlah tak menjadi pulak inti kacang merah kali ni...

Lain kali saya nak isikan dgn sambal bilis pulak...mesti lagi meletopppp kan...

Apapun habis jugak 30 biji pau ni...cuti sekolah kan....makan je kerja rakyat jelata ni...

Okaylah ya...selamat mencuba!

Babai


No comments:

Post a comment