Friday, 6 November 2015

Kek Span Dwirasa

As salam...

Jom buat kek...guna resepi yg paling senang...

Saya suka buat kek ni sebab tak leceh, bahan pun tak banyak...apa lagi makan kek lah hari ni...


Tak mau cerita banyak...ini resepinya..
Resepi Kek Span Dwirasa
Bahan
A
- 4 biji telur
- 1 cawan gula castor
- 1 sudu besar ovalette
- 1/2 sudu teh esen vanilla

B
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan minyak jagung

C
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
* ayak semua bahan C

D
- 1 sudu besar kordial oren sunquick + pewarna kuning
- 1/2 sudu teh perisa strawberry + pewarna merah

Cara
  1. Satukan semua bahan A. Pukul hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan susu cair, kacau sebati dan diikuti dgn minyak. Pukul sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua adunan. Satu bahagian ditambahkan dgn sunquick dan pewarna kuning. Gaul sebati manakala satu bahagian lagi dicampurkan dgn perisa strawberry dan pewarna merah.
  5. Masukkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
  6. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
  8. Sedia utk dinikmati.

Kek ni gebu dan sedap sebab ada gabungan rasa oren dan jugak strawberry...makan banyak pun tak rasa muak...

Cuma kali ni saya tambah masa bakar kek ni dalam 10 minit sbb saya nak permukaan kek yg garing kat luar tapi masih gebu kat dalam...tapi kena dok perati jugak...takut terhangit...

Jadi...apa lagi...jom makan kek dgn secawan kopi...yummmehhhh...

Babai

No comments:

Post a comment