Wednesday, 18 November 2015

Homemade Sandwich Loaf

As salam...

Owhhhh...pening sokmo bila dok pikiaq nak masak apa utk dinner...maklumlah nak masak menu yg bukan nasik...

Pikiaq punya pikiaq...saya uli roti dulu, lepas amik anak2 kat sekolah, baru pikiaq nak masak apa utk dicicah dgn roti tu...

Utk lunch, saya dah buat tomyam kat anak-anak...goreng telur dadar...cukup lah utk depa makan...

Resepi roti ni, saya amik kat blog cikmanggis...cuma saya buat 1/2 adunan...kalau nak tengok resepi asalnya,bulehlah jenguk kat SINI


Roti tak putih sbb guna brown sugar

Okay,jom uli roti...
Resepi Homemade Sandwich Loaf
Bahan
- 2 cawan tepung roti
- 1 sudu besar instant yeast
- 1 sudu makan gula perang
- 1 biji telur + susu segar dijadikan 1/2 cawan
- 2 sudu besar plain yogurt
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1/2 sudu teh garam.

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
  2. Kemudian tambahkan yogurt dan campuran susu dan telur. Uli sebati. Tambahkan minyak. Uli lagi sehingga menjadi doh yg elastik.
  3. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
  4. Setelah doh naik, tumbukkan untuk membuang angin dan masukkan ke dalam loaf pan.
  5. Rehatkan sekali lagi sehingga doh mengembang sekali ganda.
  6. Masukkan loaf pan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu permukaan roti dgn butter ketika roti masih panas.
  9. Sedia utk dinikmati.



Wahhhh...harumnya bau roti masa tengah dibakar ni...dan hasilnya pun marvelous...

Hmmmm...sekarang kita pikiaq pulak, apa yg nak dimasak utk dicicah dgn sandwich loaf ni...

Wokeyyyy...selamat memasak ya!

Babai

No comments:

Post a comment