Tuesday 3 November 2015

Kek Kukus Coklat Cheese

As salam...


Hari ni buat kek..sbb hari tu kan buat kek ni tapi lekat kat acuan...gara2 tak sabar nak makan...tapi nasib baik kek tu rasanya sedap dan jadi rezeki anak sedara Boss Besar...

Dalam peti ais mmg ada stok cream cheese...jadi apa lagi...operasi buat kek pun bermula lah...mcm biasa assistant tanpa gaji mestilah si nombor lima...

Saya suka resepi ni sbb guna sukatan cawan...nak buatnya pun senang dan yg paling best..keknya sangat moist...maklumlah kek ni kan dikukus...


Okay...takmau celoteh panjang...ini resepinya...
Resepi Kek Kukus Coklat Cheese
Bahan
Lapisan Coklat
- 4 biji telur
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- 1 sudu teh esen vanilla

Lapisan Cheese
- 250g cream cheese
- 1/2 cawan gula castor
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar air
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Untuk lapisan coklat, ayak semua bahan yg bertanda*. Ketepikan.
  3. Satukan gula dan telur. Pukul hingga gebu. Masukkan susu pekat. Pukul sebati.
  4. Kemudian, masukkan minyak dan susu cair. Pukul lebih kurang dua minit.
  5. Seterusnya masukkan campuran tepung yg diayak tadi. Kaup balikkan sehingga sebati. Tambahkan esen vanilla, gaul rata.
  6. Bahagikan adunan coklat ini kepada dua bahagian.
  7. Ambil satu bahagian coklat, masukkan ke dalam loyang 9x9. Kukus 20 minit.
Sementara menunggu adunan coklat dikukus, kita sediakan lapisan cheese pula.
Untuk lapisan cheese
  1. Satukan cream cheese dan gula. Pukul hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur,tepung,air dan esen vanilla. Pukul hingga halus dan sebati.
  3. Ambil satu sudu makan adunan cheese dan masukkan dlm piping beg. Ketepikan.
  4. Selepas 20 minit, keluarkan loyang dari kukusan. Tuangkan baki adunan cheese. Ratakan dan kukus 20 minit lagi.
  5. Kemudian, apabila lapisan cheese sudah masak, tuangkan pula satu lagi bahagian adunan coklat. Ratakan.
  6. Potong hujung piping beg, paipkan garisan cheese di atas permukaan adunan coklat. Kemudian ambil lidi yg bersih, lorekkan utk membentuk corak.
  7. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit. 
  8. Selepas 20 minit, buka tudung kukusan dan kukus utk lima minit lagi.
  9. Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan.
  10. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Pastikan tutup kukusan dibalut dgn kain supaya wap air tak jatuh atas permukaan kek.

Macam mana rasanya...mmg sedap...gabungan cheese dan coklat sangat serasi...kek jugak gebu dan moist...

Saya bagi kek ni kat jiran jugak... nampaknya jiran saya pun suka kek ni...dia watsap mintak resepi sbb katanya kek ni macam kek chocolate moist yg selalu beli kat petronas tu...yg berbeza ada cheese dan takdak topping coklat je...

Hmmm...jadi apa lagi...jom buat kek...gerenti puas hati...

Babai

No comments:

Post a Comment