Wednesday, 9 September 2015

Roti Sosej Pintal

As salam...

Si nombor empat suruh saya buat roti...dia cakap dah lama saya tak buat roti utk dia...padahal boleh kata setiap minggu saya akan buat roti utk depa...

Jadi...sbb nak tunaikan hajat si nombor empat ni...saya buatlah roti sosej...nak bagi menawan..kita pintal2 kan...

Untuk resepi doh ni...saya guna resepi roti manis...hasilnya mmg superb...lembut dan gebu...cuma doh roti manis ni lembut sikit...masa nak pintal tu...renyah sbb lembut kan...tapi bila dah siap bakar...wehhhh...bestnya!


Ehhhh...panjang pulak ceritanya...meh tengok resepinya...
Resepi Bun Sosej Pintal
Bahan
- 300g tepung roti
- 1 1/2 sudu teh yeast segera
- 1 sudu teh bread improver
- 2 biji kuning telur
- 160 ml - 170ml susu segar
- 1 sudu teh garam
- 60g gula perang
- 50g shortening/butter

Untuk inti dan topping
- 10 biji sosej - dikukus hingga masak
- sedikit susu dan kuning telur utk sapuan
- mayonis dan sos cili

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul sekata.
  2. Masukkan telur dan susu segat. Uli hingga menjadi doh.
  3. Kemudian, masukkan shortening. Uli lagi sehingga menjadi doh yg licin dan kenyal.
  4. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  5. Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan utk membuang angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian doh kecil.
  6. Ambil satu doh kecil, canai dan masukkan sosej. Balut kemas.
  7. Dengan menggunakan pisau, buat 6-8 hirisan pada doh dan sosej tapi jgn sampai doh putus.
  8. Keluarkan kelopak doh yg dihiris secara berselang- seli.
  9. Biarkan doh yg telah dipintal selama 30 minit.
  10. Sebelum dibakar, sapukan glis kuning telur dan susu. Paipkan mayonis dan sos cili.
  11. Masukkan bun ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  12. Bakar pada suhu 190C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  13. Setelah bun masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaan bun dgn susu segar.
  14. Sedia utk dinikmati.

Saya bagi kat jiran depan rumah jugak...lepas tu dia watsap...tanya saya ada amik order tak....hikkssss...saya bagitau buat utk makan sendiri je...

Hasil kejadian bun ni mmg best lah...gebu gebas gitu...dan si nombor tiga pulak mintak buat roti ni esok...dia nak bawak bekal pi sekolah agama...cuma dia pesan...takmau sos cili...tapi saya bagitau dia...sosej dah abis...mak malas pi kedai...kecewa dia...hahaha

Okaylah...selamat buat roti ya!

Babai

No comments:

Post a comment