Friday 18 September 2015

Donut Sumbat Jem Blueberry

As salam...

Donut feveret si nombor tiga...jadi utk breakfast saya buat donut lah...si nombor tiga jugak suka makan jem blueberry...pasal tu lah...dalam donut tu saya sumbat kan jem blueberry...ala2 dua dalam satu...

Resepi donut saya guna yg biasa saya buat...saya copy paste balik resepinya...



Jadi apa lagi...meh tengok resepi kat bawah ni...
Resepi Donut Sumbat Inti Blueberry
Bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mentega dicairkan
- 1 paket yis mauripan
- 1 cawan air
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula halus
- sedikit gula aising utk ditabur

- jem blueberry secukupnya

Cara
  1. Masukkan yis, sedikit gula dan air ke dalam mangkuk kecil. Tunggu hingga berbuih.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan mentega cair, gula, susu,setengah cawan air dan telur. Kacau hingga gula larut. 
  3. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung. Tambahkan yis dan campuran mentega cair tadi. Gaul sebati.
  4. Tambahkan baki air sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlembik, tambahkan sedikit tepung, dan jika adunan keras, letakkan sikit air. Kuantiti air ni bergantung pada jenis tepung yang kita guna. 
  6. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi sekali ganda dari saiz asal.
  7. Setelah doh naik,tumbuk- tumbukkan doh itu dan bahagikan doh itu kepada bebola doh yang kecil.
  8. Rehatkan sebentar sehingga doh naik.
  9. Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng bebola doh tadi. Gunalah api yang sederhaha dan sentiasa dibalik-balikkan supaya warna bebola donut itu sekata.
  10. Apabila donut sudah masak, angkat dan toskan. Biarkan donut sejuk dahulu sebelum di salut dgn gula aising.
  11. Selepas disalut dgn gula aising, picitkan/letakkan jem blueberry di tengah2 donut.
  12. Siap. Sedia utk dinikmati.
Satu adunan ni...saya dpt dalam 50 biji donut kecik...jadi ada yg disejuk bekukan...tapi yg sejuk beku tu...jgn lah disalut gula dan letak jem blueberry pulak ya...hmmmm...senangkan...kalau tiba-tiba ada tetamu mai...buleh lah dihidangkan dgn donut ni kan...

Bukan setakat si nombor tiga...si nombor lima pun suka makan... Alhamdulillah...setakat ni...si nombor lima makan kuih-muih yg saya buat...dia tak memilih...baguih...baguih...

Jadi...apa lagi...sila lah mencuba ya!

Babai

No comments:

Post a Comment