Tuesday, 8 September 2015

Donut Tembun

As salam...

Wahhhh...bila anak cuti ni...asyik makan je depa ni...tadi dah makan nasik dgn gulai ketam kannn...bila petang...mula la depa tanya ada makanan lagi tak...

Okaylah...kita buat donut je...si nombor tiga suka makan donut nih...resepi donut ni saya amik kat SINI...suka saya tengok donut yg tembun tu...bila check bahan...owhhh...bahannya cukup lengkap...apa lagi mari lah menguli tepung...

Ini resepinya...
Resepi Donut Tembun
Bahan
A
- 150g tepung roti
- 100g tepung gandum
- 5g garam halus
- 30g brown sugar
- 1/2 sudu makan baking powder
- 2 sudu teh instant yeast
B
- 1 biji kuning telur
- 140ml susu segar (sejuk)
C
- 25g shortening

**gula icing secukupnya utk disalut pada donut

Cara
  1. Satukan semua bahan A. Gaul rata.
  2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh yg tidak melekat.
  3. Kemudian tambahkan shortening. Uli lagi sehingga mendapat doh yg lembut dan kenyal.
    I
  4. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
  5. Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh utk keluarkan angin dan kemudia bahagikan doh kepada 16 bahagian doh kecil. Bulat- bulatkan doh.
    Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
  6. Sebelum menggoreng, buatkan lubang di tengah doh kecil itu. Buatkan dgn berhati-hati utk dapatkan lubang yg cantik.
  7. Panaskan minyak. Dengan menggunakan api sederhana, goreng donut hingga masak.
  8. Kemudian, tunggu donut sejuk sebelum disalut dgn gula icing.

Perghhhh...tembunkan donut saya nih...makan sebijik pun dah kenyang...donut ni gebu dan lembut...jadi ralit pulak makan donut...




Harap-harap anak-anak kenyang lah ya...mak dah taktau nak masak apa utk malam ni...kita makan donut sampai kenyang ya!

Babai

No comments:

Post a comment