Thursday, 10 September 2015

Homemade Roti Burger

As salam...



Lepas hantar si nombor satu pi sekolah agama...saya teruskan projek uli tepung...nak buat roti burger kan...

Dan kebetulannya si nombor lima dok ralit main dgn abg kakak dia...jadi misi buat roti burger berjalan lancar...

Dalam dok buat roti ni...rupa-rupanya beef patty tu tinggal lagi enam keping je lagi...si nombor dua dgn si nombor tiga dah makan...

Pasal tu lah saya cuma buat enam roti burger dan baki sebahagian doh tu saya jadikan bun tabur gula...mesti anak2 saya lapaq sgt...sampai tak dan nak tunggu roti burger ni siap...

Okaylah...jom tengok resepinya...
Resepi Homemade Roti Burger
Bahan
- 450g tepung roti
- 2 1/2 sudu teh instant yeast
- 240ml air suam
- 1 biji telur
- 3 sudu makan shortening
- 3 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu makan minyak jagung

Untuk sapuan atas doh
-  kuning telur dan susu segar
- sedikit bijan utk di tabur

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul sebati.
  2. Campurkan air dan telur. Kacau rata. Kemudian tuangkan campuran air   Uli hingga menjadi doh. 
  3. Tambahkan shortening. Uli lagi hingga menjadi doh yg kenyal. Sapukan minyak jagung pada seluruh permukaan doh sblm direhatkan.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua jali ganda dari saiz asal.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh. Bahagikan kepada 14 biji doh. Enam doh dibulat-bulatkan dan diletakkan di atas loyang pembakar. Jarakkan antara satu sama lain.
  6. Baki doh yg tinggal disusun dlm loyang bulat.
  7. Rehatkan doh kali kedua selama 30 minit. Kemudian sapukan gliss kuning telur dan susu pada permukaan doh. Untuk doh roti burger taburkan bijan.
    Manakala utk doh roti manis, taburkan gula dan keju.
  8. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  9. Bakar pada suhu 190C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  10. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sapu dgn butter pada permukaan roti. Ini bertujuan utk mengekalkan kelembutan roti.

Hmmm...dah siap...jadi apa yg ditunggu lagi...belah dua roti burger, letak daun salad, bawang dan tomato. Paipkan mayonis dan cili sos. Letak beef patty. Paipkan lagi mayonis dan sos cili. Tutup dgn roti dan.....ngappppp...jemput makan!

Babai

No comments:

Post a comment