Sunday 27 September 2015

Kek Belang

As salam...

Masa saya kecik-kecik...mak saya selalu buat kek ni...kek belang...mak buat banyak kaler...lepas dah masukkan tepung...mak akan bahagikan
kepada tiga atau empat bahagian...bubuh pencelup (baca :pewarna)...dan bagi kami gaul sampai sebati...masa tu kami akan berebut2 nak pilih kaler feveret masing2...

Bila kek dah siap dibakar...masing2 rasa seronok sbb dpt buat kek...padahal tolong sebatikan dgn pewarna je...
Iya lah dulu2 mana ada henpon, astro,segala mcm gadget...jadi itu antara aktiviti yg kami akan buat...owh...nostalgia kan!

Hari ni...jom mengimbau kenangan...tapi saya guna satu kaler je...coklat sbb saya suka rasa coklat dlm kek...


Dan ini lah resepinya...
Resepi Kek Belang Coklat
Bahan (loyang 8')
- 1 cawan butter
- 1 cawan gula castor
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 3 sudu makan susu pekat
- 1/2 sudu teh baking powder
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Satukan gula dan butter. Pukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga semua bahan bergaul mesra.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan dgn warna asal manakala satu lagi bahagian ditambahkan dgn serbuk koko. Kacau sebati.
  6. Sediakan loyang 8'. Oleskan dgn sedikit butter.
  7. Ambil dua sudu makan adunan plain, letakkan ditengah2 loyang. Kemudian ambil pula adunan coklat, letak diatas adunan plain. Buat sehingga habis.
  8. Hentakkan sedikit loyang utk meratakan adunan.
  9. Jika suka, ambil toothpick dan lorekkan permukaan adunan.
  10. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  11. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. (Bergantung kpd jenis oven)
  12. Uji kek dgn mencucuk bahagian tengah kek dgn lidi, jika lidi bersih. Kek telah masak.
  13. Sejukkan dan sedia utk dinikmati.

Masa dok bakar kek ni...harumnya... dan bila dah masak tu...mmg tak sabar nak makan...saya suka kek yg baru keluar oven...makan bila masih panas lagi...

Sedap...tak manis sangat...tekstur kek ni mcm kek butter yg biasa jual kat giant atau kat petronas tu...bila sejuk...tekstur kek ni jadi padat...sesuai betul di makan dgn secawan kopi sambil menikmati suasana jerebu...oppps...

Apa lagi...jika ni adalah kek nostalgia dolu2 dgn adik beradik yg lain...cuba lah...mesti akan terkenang zaman membuat kek masa kecik2 dulu kan...

Babai

No comments:

Post a Comment