Wednesday, 16 September 2015

Ikan Siakap Masam Manis

As salam...

Selamat hari malaysia...cuti hari ni buat apa? Kami tak pi mana-mana pun cuma keluar pi breakfast je pagi tadi...

Saya bagitau Boss Besar...rasanya hari ni nak masak ayam bakar ala kenny rogers tu...tapi lambat pi ke kedai jual ayam kat kuang tu...pukul 11...kedai dah tutup lah...lepas tu tanya Boss Besar nak makan mee sup tak...dia kata okay...tapi anak-anak mintak nasik utk lunch...owhhhh...Boss Besar kalah...kita ikut undi anak...

Jadi hari ni..masak ikan siakap masam manis je...saya guna bahan paling basic...tak bubuh cili kisar pun...hahaha...kita mesti guna resepi yg tersenang sekali kan...



Mai tengok resepinya...
Resepi Ikan Siakap Masam Manis
Bahan
- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 hiris halia
- 1 cawan air
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos plum
- 2 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos cili thai
- 1 biji cili hijau dipotong kasar
- 1 biji cili merah dipotong kasar
- 1 cawan kiub nenas + 1/4 cawan sirapnya ( dlm tin)
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- minyak utk menggoreng

Bahan utk salut pada ikan
- sedikit garam
- sedikit tepung gandum
- sedikit tepung jagung

Cara
  1. Basuh bersih ikan. Toskan. Keringkan dgn menggunakan tisu dapur.
  2. Lumurkan sedikit garam ke seluruh permukaan ikan.
  3. Kemudian salutkan dgn sedikit tepung gandum dan tepung jagung.
  4. Panaskan minyak. Goreng tenggelam ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Satukan semua jenis sos. Tambah air. Kacau sebati.
  6. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan campuran sos. Masak hingga mendidih.
  7. Kemudian tambahkan nanas dan sirapnya. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Apabila nenas mula lembut. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat dan berkilat.
  9. Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau sebati.
  10. Tutup api. 
  11. Utk menghidang, tuangkan kuah ke atas ikan. Sedia utk dinikmati!

Senang kan...rasanya pun sedap...sekejap je habis seekor ikan siakap ni...si nombor dua tanya...mak masak sekoq ikan je ka?

Hahaha...nampaknya tak cukup seekor lah...dia cakap...dia makan tulang je...ayah yg makan isi ikan...iya lah tu...

Lain kali mak masak sorang sekoq ikan kat hangpa...tapi ikan kembung je...save budget...hahaha...

Selamat mencuba!

Babai


No comments:

Post a comment