Tuesday, 12 May 2015

Lasagna

As salam...

Hari ni masak yg paling sempoi...
sebabnya semalam dah kena komplen dgn boss besar...rumah semak...aishhhh...rasa mcm nak jegil mata je...saya dah berjuta kali sapu sampah...tapi bebudak ni dok buat semak jugak...main kertas lah...sepahkan mainan lah...dan kebetulan pulak boss besar balik awal...tak sempat nak kemas untuk kedua juta kalinya....

Jadi...hari ni...pagi...goreng nasik je...
tengahari...makan lasagna...malam nak tapau nasik kandaq je...

Kenapa sampai macam tu?Hmmmm..nak mengemas lah...satgi kena komplen lagi...

Lasagna ni...bahannya asal ada je...button mushrooms takdak...daging cincang pun takdak...saya ganti daging dgn  sosej je..lagipun...si nombor dua...dari minggu lepas dok suruh saya buat lasagna ni...tapi cakap bahan tak cukup...hmmmm...hari ni...awak makanlah sepuasnya...

Okay..ini resepinya

Resepi Lasagna Tak Cukup Sifat

Bahan
- 1 kotak instant lasagna San Remo
- 1 cawan parutan parmesan cheese

Inti Sosej
- 1 labu bawang besar didadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji tomato didadu
- 1 1/2 cawan sos pasta San Remo
- 2 sudu besar sos cili
- 1 peket sosej dihiris
- 1 sudu teh oregano
- 1/2 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- secubit gula
- garam secukup rasa

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar,bawang putih dan tomato hingga layu.
  2. Masukkan sosej. Kacau rata.
  3. Kemudian, tambahkan oregano, sos cili dan sos pasta. Gaul sebati.
  4. Masukkan air. Perisakan dengan garam dan gula.
  5. Tutup api apabila kuah mendidih.
  6. Ketepikan.
Untuk sos putih
- 2 sudu besar butter
- 250ml susu segar
- 3 keping keju cheesdale
- 1 cawan air
- 2 sudu besar tepung gandum
- garam secukup rasa

Cara
  1. Satukan tepung gandum dan air. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan butter. Apabila butter cair, tambahkan susu. Gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan bancuhan tepung gandum. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Tambahkan keju cheesedale. Kacau hingga keju larut sepenuhnya.
  5. Perisakan dengan garam.
  6. Tutup api. Ketepikan.

Sekarang, kita akan susun lasagna ni...
  1. Celur kulit lasagna hingga lembut.(saya buat satu-satu sebab takmau bagi melekat) dan disusun di dasar bekas yg sesuai.
  2. Masukkan inti sosej. Ratakan ke seluruh permukaan kulit lasagna.
  3. Letakkan sos putih dan ratakan ke seluruh bahagian.
  4. Taburkan parmesan cheese.
  5. Tutup dgn kulit lasagna.
  6. Ulang langkah 1-5. Buat sehingga 3-4 lapisan.
  7. Pada lapisan yg terakhir, ratakan dengan sos putih dan taburkan parmesan cheese.
  8. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-30 minit.
Hasilnya...sangat sedap...anak-anak saya yg cakaplah...si nombor dua bawak pi sekolah...suka tgk dia makan bertambah2...sama naik dgn bertambahnya ukurlilit perut dia...

Kalau ikut kotak instant lasagna tu,tak payah celur tapi kena make sure moisture content cukup supaya kulit tu jadi lembut...hmmmm...saya tak konpiden...sebab tu saya celur...sebab sebelum ni saya tak celur...hasilnya ratapan kecewa...keras...

Okaylah....nak pi mengemas nih...nak kemas rumah!nak kemas rumah!...
*
*
*
*
Letak kepala atas bantal..
....ZZZZZZzzzzzzz....

Babai

No comments:

Post a comment