Tuesday, 26 May 2015

Kek Cawan Coklat

As salam...

Semalam masa pi isi minyak kat Petronas, si nombor tiga mintak kek chocolate moist Anis tu...beli lah utk dia...rupa-rupanya dia nak bawak pi sekolah...

Bila balik sekolah...dia pun bercerita...
"Mak...mak...tadi semua kawan kakak nak makan kek tu ..orang yg tak nak kawan dgn kakak pun nak jugak"

Punya seronok dia bagitau...dpt share kek tu sorang sikit...hmmm...budak2 kan...jadi hari ni...saya buat kek coklat lah...nanti si nombor tiga boleh bawak pi sekolah...makan dgn kawan2...
Ini resepinya...

Resepi Kek Cawan Coklat Kiut Miut
Bahan
A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat

B
- 3 biji telur
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu cair
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan air panas

Topping
- sos coklat,sprinkles

Cara
  1. Ayak semua bahan A. Ketepikan
  2. Pukul gula, esen vanilla dan telur hingga kembang.
  3. Tambahkan minyak dan susu cair.
  4. Kacau sebati.
  5. Masukkan bahan kering (A) sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan air panas. Kacau rata.
  7. Isikan adunan ke dlm acuan kertas. 
  8. Masukkan ke dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  9. Apabila telah masak, bolehlah dihias dgn topping coklat dan sprinkles.
Sedia utk letak topping

Resepi Topping Coklat
Bahan
- 1 cawan coklat buttons
- 2 sudu besar butter
- 4 sudu besar susu cair (boleh tambah jika suka)

Cara
  1. Satukan coklat dan butter. Masukkan dlm microwave selama 30 saat.
  2. Keluarkan, kacau hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan susu cair. Gaul sebati, jika nampak pekat, tambah sedikit lagi susu cair.
  4. Sedia utk digunakan.
Resepi ni menghasilkan kek yg lembab-lembab gitu...dan sebab saya buat saiz kiut miut...dpt dlm 100 biji jugak...hmmmm..banyak lah bekal si nombor tiga hari ni...hahaha

Masa buat kek ni...assistant tabur sprinkles ialah si nombor empat...hmmm..minat masak betul dia ni...

Okaylah...nak pi amik anak kat sekolah agama pulak ni...

Babai

No comments:

Post a comment