Monday 31 August 2015

Ayam Masak Bawang Berempah

As salam...

Merdeka! Merdeka!..semoga Malaysia aman makmur hendaknya...walaupun sekarang ni heboh dgn macam-macam isu kan...kita golongan marhaein ni cuma mampu berdoa je...

Ishhh...tak payah cerita pasal isu semasa lah...jom fokus kat isu nak masak apa hari ni...heeeeee...

Boss besar demam...semalam dia ada golf tournament...tak dapat apa pun...yg dapatnya demam..iya lah main tengah panas rembang kan...mana tak demamnya...semalam jugak...saya dgn pakatan lima beradik ni pi majlis bertunang sepupu saya kat bangi...Alhamdulillah...majlis berjalan lancar...dan pakatan lima beradik pun okay walaupun ayah depa takdak...dalam kereta pun depa duduk diam2...hmmmm...lepas ni...kalau cuti sekolah...bulehlah pulak balik kampung...tak payah tunggu boss besar cuti...baru dpt balik kampung kannnnn...

Jadi...apa yg dimasaknya hari ni...saya buat ayam masak bawang je...resepi ni senang dan sedap...tambah lagi dengan manis bawang tu...


Hmmmm...ini lah resepinya...
Resepi Ayam Masak Bawang
Bahan
- 6 ketul bahagian ayam
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 biji bawang holland di hiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jntan putih
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- sedikit rempah empat sekawan
- 3 pelepah daun kari
- 1 helai daun pandan dihiris kasar
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menggoreng


Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga halus. Ketepikan.
  2. Ayam di basuh bersih. Lumurkan garam kunyit dan di goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  3. Seterusnya goreng bawang besar hingga layu dan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  4. Ketepikan sedikit minyak menggoreng itu. Tinggalkan lebih kurang tiga sudu makan minyak sahaja di dalam kuali.
  5. Tumis rempah empat sekawan, daun kari dan daun pandan. Tunggu hingga terbit bau.
  6. Masukkan bahan yg ditumbuk dan semua serbuk rempah. Tambah sedikit air. Kacau sebati.
  7. Apabila rempah sudah garing, masukkan ayam dan bawang besar. Gaul rata.
  8. Tambahkan semua jenis sos dan perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Jika nampak kuahnya agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit lagi air.
  9. Masak sehingga bawang besar hancur sebelum dimasukkan cili merah. Kacau sebati.
  10. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Enam ketul ayam ni cukup utk sekali makan je...bukannya apa...semalam pun dah makan ayam kat majlis bertunang tu...jadi masak sikit je lah ayam utk hari ni...utk sayur...saya cuma buat labu masak bening je...dan bakar ikan kat boss besar...
Alhamdulillah...semuanya kenyang...

Hmmmm...apa pulak yg nak dimasak utk dinner...

Babai

No comments:

Post a Comment