Monday, 10 August 2015

Stew Tulang dan Bol Kentang

As salam...

Semalam...ada potluck kat rumah boss kepada boss besar...dlm 20 family...saya masak laksa...sebab boss besar cakap laksa rizalman tu sedap...saya masak ikut resepi tu lah...saya masak utk dua kilo ikan...

Ada macam2 menu...nasi tumpang, nasi royal gulai kawah, rojak, laksam dan macam2 lagilah...rambang mata nak pilih...tapi yg paling saya teruja nak cuba ialah bol kentang...bila makan...hmmm sedap...terus pi mintak resepi...jadi berbekalkan resepi cakap2 tu...terus saya nak cuba...maklumlah bahan2 mmg dah ada cuma kat bahagian hiasan tu je yg takdak...malas nak pi beli kacang peas dgn salad...nak guna sikit je pun nanti...

Bol kentang ni dimakan dgn stew... resepi stew ni olahan saya sendiri...ikut apa yg ada kan...tapi alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan...lalala...

Ini resepi bol kentang tu...sebab ni edisi percubaan, saya cuma buat utk 1/2 kilo kentang je...

Resepi Bol Kentang dgn Stew Tulang
Bahan
A- Inti
- 200g daging cincang
- 1 labu bawang besar didadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 2 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu makan butter
- 2 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa

Cara

  1. Panaskan minyak dan mentega, apabila mentega mencair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Goreng hingga garing. 
  2. Masukkan daging dan lada sulah. Masak sehingga daging kecut. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Kacau rata. Masak sehingga air daging kering dan daging masak sempurna.
  4. Tutup api dan sejukkan.
B - Kentang
- 500g kentang
- 3 keping biskut tawar
- 2 sudu makan bawang goreng
- 1 biji telur dikocok
- garam secukup rasa
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Kentang dikupas kulit dan dihiris. Goreng setengah masak dan ditumbuk halus.
  2. Kisar bawang goreng dan biskut tawar hingga halus.
  3. Kemudian satukan kentang dan campuran biskut tawar. Tambah garam dan gaul sebati.
  4. Kepal-kepalkan sebesar bola golf, leperkan dan isikan inti di tengah- tengah. Tutup inti dan bulatkan kembali. Buat sehingga habis.
  5. Kemudian panaskan minyak, celupkan bol kentang ke dlm telur dan goreng hingga kuning keemasan. Toskan di atas tisu dapur.

C - Stew Tulang
- 300g tulang rusuk
- 1 inci halia diketuk
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 labu bawang besar didadu
- 2 biji tomato didadu
- 3 sudu makan tomato puree
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 helai daun salam
- 1 biji kentang rebus
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- sedikit rosemary dan oregano
- 1 sudu makan butter
- air secukupnya
- gula dan garam secukup rasa

Cara
  1. Rebus tulang dgn halia sehingga empuk. Ketepikan tulang dan air rebusannya.
  2. Panaskan butter. Tumis bawang besar, bawang putih dan tomato. Goreng hingga layu. 
  3. Kemudian masukkan air rebusan dan tulang. Tambahkan daun salam, oregano, tyhme, sos tomato, tomato puree, kicap manis dam kicap masin. Masak hingga mendidih. Ambil sedikit kuah stew, kisar kentang rebus dan masukkan kisaran kentang rebus ke dalam kuah.
  4. Tambahkan lada sulah. Perisakan dgn gula dan garam.
  5. Masak sehingga kuah pekat. 
  6. Sedia utk dimakan dgn bol kentang

Hiasan
- hirisan timun, carrot, daun bawang dan bawang goreng.

Cara menghidang
Masukkan bol kentang dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bahan hiasan. Sedap dimakan panas-panas.

Saya tanya boss besar...sedap tak...dia angguk...owhhhhh...rasa mcm nak lompat bintang ja...hahaha...cuma lain sikit dari yg makan masa potluck tu...saya cakap...ini resepi cakap2 je...sbb kawan boss besar cakap kuahnya mcm stew...jadi saya buat stew lah...

Dan nampak gayanya...bol kentang dgn stew ni akan jadi satu menu kalau saya ada buat makan2 kat rumah...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment