Wednesday 26 August 2015

Bubur Kacang Bersagu

As salam...

Untuk makan petang ni...saya buat bubur kacang...hmmmm...dah lama tak buat bubur kacang sendiri ni...selalunya makan time pi makan kenduri kat rumah org je...

Saya buat tak banyak pun...satu cawan kacang hijau je...dan kali ni...saya buat version mak mentua saya...macam mana tu?

MIL saya bagitau...kalau nak bagi kacang hijau tu cepat empuk dan lembut...kita goreng dulu kacang hijau tu tanpa minyak...okaylah...jom kita cuba!


Resepi Bubur Kacang Bersagu
Bahan
- 1 cawan kacang hijau dibasuh bersih dan ditoskan.
- 5 cawan air
- 2 cawan santan
- 3/4 cawan gula
- 4 sudu makan sagu
- 1 sudu teh garam

Cara
  1. Panaskan kuali,goreng kacang hijau tanpa minyak hingga warna kacang bertukar sedikit kekuningan.
  2. Pindahkan kacang hijau yg telah digoreng ke dalam periuk. Tambah lima cawan air. Rebus hingga 3/4 empuk sebelum dimasukkan sagu.
  3. Apabila sagu mula jernih, tambahkan gula dan garam. Masak sehingga gula larut. 
  4. Seterusnya, masukkan santan. Jika kuah pekat, tambahkan sedikit lagi air mengikut kepekatan yg sesuai.
  5. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  6. Tutup api. 
  7. Sedia utk dihidangkan.

Semasa panas bubur kacang ni masih lagi berkuah...tapi bila dah sejuk...dia jadi pekat disebabkan oleh sagu...jadi kalau sapa2 yg tak suka sagu...tak perlu masukkan sagu lah...macam saya...mmg suka tekstur bubur yg pekat bila dah sejuk tu...

Sedap betul makan biskut kering cicah bubur ni...terkenang zaman duduk asrama...hahaha...bubur kacang dgn biskut kering utk minum petang...aishhhh...

Okaylah...kalau ada kacang hijau tu...bolehlah dibuat bubur ya!

Babai

No comments:

Post a Comment