Sunday, 9 August 2015

Roti Cinnamon Twist

As salam...

Dah lama saya tak meroti...jadi hari ni saya buat roti...saya suka roti ni sbb bau kulit kayu manis tu...semerbak bau satu dapur time bakar roti...

Satu adunan...dapat banyak ketul jugak...boleh lah bagi kat jiran sikit...merasa sorang sikit kannnnnn...

Resepinya mudah ja...dan saya uli guna mixer je...masa uli tu...mixer dah bergoyang2...cuak saya...takut patah ke apa...rasanya mixer tu pun dah penat...jadi saya uli dgn mixer 10 minit...lepas tu sambung dgn tangan lagi 10 minit...


Okaylah...ini resepinya...
Resepi Roti Cinnamon Twist
Bahan
A
- 3 1/4 cawan tepung roti
- 3/4 cawan susu segar
- 1/4 cawan marjerin
- 1/4 cawan gula halus
- 1/4 cawan air
- 1 peket yis mauripan
- 1 biji telur
- 1/4 sudu teh garam

 B
- 3/4 cawan gula perang
- 1/4 cawan marjerin
- 1 sudu besar serbuk kayu manis
- sedikit kismis jika suka

Cara



  1. Satukan susu dan marjerin. Masukkan dlm microwave 30 saat. Kemudian kacau sehingga marjerin larut sepenuhnya. Sejukkan. Kemudian pecahkan telur. Gaul sebati.
  2. Campurkan air,yeast dan satu sudu besar gula. Tunggu hingga berbuih.
  3. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung, garam dan baki gula. Kacau rata.
  4. Tambahkan bancuhan yis dan campuran susu ke dalam tepung. Uli sehingga membentuk doh yg kenyal dan elastik.
  5. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Tutup mangkuk adunan dgn kain lembab.
  6. Sementara menunggu doh mengembang, satukan semua bahan B kecuali kismis. Gaul hingga sebati.
  7. Apabila doh sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh utk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 doh kecil.
  8. Ambil satu doh kecil, canai setebal 1/2 inci. Sapukan sedikit bahan B di atas permukaan doh. Gulung. Kemaskan gulungan. Potong doh memanjang tapi jgn putus. Kemudian pintalkan. 
  9. Satukan hujung ke hujung. Taburkan kismis diatasnya.
  10. Buat sehingga habis.
  11. Setelah siap, rehatkan doh sekali lagi sehingga naik sekali ganda.
  12. Masukkan doh ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  13. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.(bergantung pada jenis oven)
  14. Apabila masak,sapukan sedikit susu segar diatas permukaan roti utk mengekalkan kelembutannya.


Macam saya bagitau tadi...harum semerbak dapur saya petang ni...dan saya suka makan roti yg baru keluar dari oven...nikmat...

Kalau nak simpan, letak dlm bekas bertutup supaya roti kekal lembut...

Hmmmmm...jom makan roti!

Babai

No comments:

Post a comment