Monday, 24 August 2015

Sup Telur Berkentang

As salam...

Hari ni si nombor lima tak sihat...aishhhh...bila dia tak sihat ni...mula lah buat perangai...nak berdukung je...

Jadinya saya masak yg paling sempoi...ada kentang...ada ikan bilis...ada telur...lepas tu ada kuah...satu lauk je utk lunch anak2 hari ni...harap depa pun paham lah tengok mak depa ni dok melayan adik yg tak sihat...

Saya tulih entry ni sambil nak tidokan si nombor lima...dia dah nak tido...tapi bila kita bangun je...dia bukak mata... hmmmm...


Okaylah...ini resepinya
Resepi Sup Telur Berkentang
Bahan
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- 1 sudu besar rempah sup mak siti
- 5 cawan air
- 1 genggam ikan bilis
- 3 biji kentang dipotong empat
- 3 biji telur
- sedikit daun bawang dan daun sup
- 1 sudu makan bawang goreng
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis, goreng sekejap.
  3. Kemudian masukkan rempah sup, kacau sekejap dan terus masukkan air(kena cepat supaya rempah tak hangit).
  4. Seterusnya masukkan kentang. Masak sehingga kentang 3/4 empuk. Pecahkan  telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur masak sedikit sebelum dikacau.
  5. Apabila kuah mendidih,perisakan dgn garam. Tabur daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
  6. Tutup api apabila kentang empuk sepenuhnya.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Senangkan...walaupun sempoi...tapi sedap...kalau ada sambal belacan dgn telur masin...mesti lagi terangkat...ehhhh...cerita pasal telur masin...rasanya esok lusa boleh lah saya rebus homemade telur masin tu...dah masuk dua minggu...ishhhh...tak sabar rasanya nak tengok hasil kejadian telur masin tu...

Okaylah...si nombor lima ni takmau tidoq pulak...hmmmm...dan nak kena pi amik si nombor empat balik tadika ni...

Babai


No comments:

Post a comment