Tuesday 23 June 2015

Sagu Timun Betik

As salam...

Dalam peti sejuk...ada sebijik timun betik...saya beli kat pasar tani 2 minggu lepas...

Hmmm...saya mula2 tau pasal timun betik ni dari member saya...dia bagitau timun betik ni sedap dimakan dgn kuah santan dan gula melaka...sebab timun betik ni rasanya tawar...jadi bila kita partner kan dgn dua bhn tu...ngam ho!

Tapi itulah..boss besar dan anak2...depa makan nasik je...kuih...pencuci mulut...depa kurengggg sikit...serba salah nak masak...iyolah...tukang perabihnya saya... hahaha (ehhhh...patutlah saya ni semakin booolat*tengok lemak berlipat*)


Mukadimah panjang pulak..mai lah tengok resepinya...mana tau kot kot terbeli timun betik ni...boleh lah try resepi ni...

Resepi Sagu Timun Betik
Bahan
- 1/2 cawan sagu
- 1 biji timun betik
- 1/2 cawan santan
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 1 keping gula nise + 1/2 cawan air
- secubit garam

Cara
  1. Kupas kulit timun betik, buang biji dan dipotong kiub. Ketepikan
  2. Masukkan sagu ke dalam periuk, tambah air secukupnya. Rebus hingga jernih. Angkat dan ditoskan. Bilas dgn air untuk buang kanji. Ketepikan.
  3. Masak gula nise dgn air hingga gula nise larut. 
  4. Satukan santan,susu cair, air dan secubit garam. Masak sekejap sahaja (sekali mendidih).
  5. Cara menghidang. Masukkan sagu ke dalam bekas. Taburkan kiub timun betik. Curahkan kuah santan dan juga sedikit air gula merah. Simpan sekejap dlm peti sejuk sebelum dinikmati. Kalau takmau simpan dlm peti sejuk, letakkan ketulan ais ke dalamnya.

Resepi ni ala2 sagu gula melaka, cuma versi tambah timun betik...rasanya mmg sedap...rangup buah, sagu yg lembut...bergabung dgn lemak santan dan manis gula...ishhh...sedap lah...tambah lagi...bila makan sejuk-sejuk...

Hmmm...cubalah!

Babai

No comments:

Post a Comment