Friday 12 June 2015

Hokkaido Chiffon Cupcake

As salam...

Hmmm...dah lama saya nak buat cupcake ni...tapi asyik bertangguh je...hari ni...bila check bahan...owhhhh...lengkap...cuma susu segar je takdak...takpa...ganti dgn susu cair...dan kebetulan adik saya call...dia nak order apa2 yg boleh saya buat...sebab dia nak bwk pi ofis hari isnin ni...saya suggest hokkaido cupcake ni...dia kata orait...so hari ni...saya cuba buat dulu...okay ke tak...

Alhamdulillah menjadi...dpt 11 biji utk satu adunan ni...tapi satu biji pun gedabak besar...puaslah makan...

Okay...ini resepinya

Resepi Hokkaido Chiffon Cake
Bahan
A
- 4 biji kuning telur
- 30g gula kastor
- 40ml susu segar
- 40ml minyak jagung
- 55g tepung kek
- 20g tepung kastard
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla (saya guna kacang vanilla)

Cara
  1. Ayak tepung kek,tepung kastard dan baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan gula dan kuning telur. Pukul dengan whisk hingga kembang.
  3. Tambahkan minyak jagung,susu segar dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati. Ketepikan.
    Bintik2 hitam tu vanilla
B
- 4 biji putih telur
- 80g gula castor
- 1/4 sudu teh garam

Cara
  1. Pukul putih telur hingga berbuih.
  2. Tambahkan garam dan gula castor sedikit demi sedikit.
  3. Pukul hingga kembang dan gebu(bila terbalikkan mangkuk adunan, meringue tak jatuh).
  4. Kemudian ambil 1/3 bahagian daripada adunan ini. Masukkan ke dalam adunan A. Gaul hingga sebati. 
  5. Kemudian tuangkan adunan tadi (dari step#4) ke dalam mangkuk adunan B. Kaup balikkan hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas sehingga 3/4 penuh. Buat sehingga habis.
  7. Masukkan acuan ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak, sejukkan sebelum di masukkan krim kastard.
Bahan untuk Krim Kastard
- 200ml susu segar
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 1/2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula castor
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Satukan susu, tepung gandum dan tepung kastard. Kacau sehingga semua tepung larut.
  2. Tambahkan gula,esen vanilla dan butter.
  3. Masak atas api perlahan sehingga adunan menjadi likat dan berkilat. Pastikan adunan sentiasa dikacau semasa proses memasak.
  4. Tutup api dan biarkan adunan menjadi suam sebelum dimasukkan ke dalam piping beg bernozzle. Cucuk nozzle di tengah cupcake dan picit cream custard ke dalamnya. Buat sehingga semua cupcake habis diisi.
  5. Sebelum dihidangkan, ayakkan gula aising pada permukaan kek.
  6. Siap!

Kalau tengok macam renyah je...tapi bila dah buat...senang je...

Nampaknya...boss besar pun suka sebab dia cakap tak muak makan...iyalah...kalau butter cake tu rasa macam berminyak sikit kan...cupcake ni ringan dan gebu je...

Jadi...boleh lah nanti uolls cuba pulak buat hokkaido chiffon cupcake ni...gerenti puas hati...lalala

Babai


No comments:

Post a Comment