Thursday, 18 June 2015

Ayam Masak Kam Heong

As salam...

Menu bukak posa hari ni...saya masak ayam kam heong...mula2 nak masak ayam kicap je...tapi dah selalu sgt masak ayam kicap ni...kita tukar lah...lagipun kesian tengok si nombor dua...terkelepek lembik sbb baru first time dia posa...tahun lepas dia tak posa...maklumlah...dia kan kuat makan...masak lah spesel sikit...

Balik sekolah tadi...dia suruh bukak tingkap kereta sbb dia nak makan angin...sampai umah...terus nak minum air...pujuk-pujuk... alhamdulillah... berjaya jugak dia posa sehari...esok taktau lah mcm mana...

Cerita panjang pulak...ini resepinya...

Ayam Masak Kam Heong
Bahan
Perap ayam
- 5 ketul dada ayam potong kiub
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan minyak bijan

Untuk tumis
- 3 sudu makan udang kering ;rendam air panas dan ditumbuk halus
- 4 ulas bawang putih diketuk
- 8 biji bawang merah ditumbuk kasar
- 1 labu bawang besar dihiris
- 5 pelepah daun kari
- sedikit minyak untuk menumis (guna minyak goreng ayam)
- 3 biji cili padi dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji cili hijau dihiris
- 5 helai daun limau purut
- sedikit air

Bahan perencah
- 2 sudu makan rempah kari
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan kicap manis
- 1/2 sudu makan gula

Cara
  1. Satukan ayam dan semua bahan perap. Perap selama 30 minit. Kemudian goreng hingga ayam masak. Ketepikan.
  2. Campurkan bahan perencah. Gaul sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar,bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang kering. Goreng hingga garing.
  4. Tambahkan pes perencah. Masukkan sedikit air. Masak hingga naik bau. Sentiasa dikacau utk elakkan hangit.
  5. Masukkan ayam. Gaul sebati. Perisakan dgn garam jika perlu.
  6. Akhir sekali, masukkan cili merah,cili hijau,cili padi dan daun limau purut. Kacau sebentar. Tutup api.
  7. Sedia utk dihidangkan

Ayam ni sedap...aroma daun kari tu yg mengancam jiwa time memasak tu...boss besar pun cakap sedap...kiranya habislah lauk ayam ni time berbuka...takdan nak simpan buat bersahur...selain ayam, saya masak sayur pakchoy dgn ikan siakap sweet sour...kuih pulak, saya buat ketayap...dan Alhamdulillah... semuanya licin...nampaknya...sahur nanti kena masak lauk yg baru lah...takpe...janji seisi famili suka...saya tak kisah masak byk kali pun...hahaha

Apa pun...selamat menjalani ibadah puasa!

Babai

No comments:

Post a comment