Tuesday, 2 June 2015

Roti Pizza

As salam...

Dapur berasap lagi...cuti sekolah kan...panglima-panglima kat umah ni...tak berhenti-henti makan...lapaq ja memanjang...

Saya buat roti pizza ni untuk breakfast...senang dan cepat...anak-anak pun suka...sekejap dah licin...

Jom tengok resepi ni...mana tau dpt idea nak buat breakfast utk esok kan...

Resepi Roti Pizza Mudah
Bahan
- Roti gardenia
- sos tomato
- beef pepperoni
- isi jagung
- hirisan bawang holland
- keju mozarella
- mayonis
- sos cili thai

Cara
  1. Ambil roti gardenia,sapu sos tomato.
  2. Susun beef pepperoni, letakkan isi jagung dan bawang.
  3. Taburkan mozarella cheese.
  4. Paipkan mayonis dan sos cili thai.
  5. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 7-10 minit.
  6. Siap.
Saya bakar 10 minit...jadi roti tu lebih crispy...anak-anak cakap lebih sedap dari pizza hut....iyolah nak...kamu lapar...semua pun sedap...kalau takdak beef pepperoni, letak aje hirisan sosej...takdak sosej...letak hirisan telur rebus ataupun scramble eggs...terpulang pada citarasa masing-masing

Jadi...apa lagi...cubalah menu mudah dan senang ni...

Babai

No comments:

Post a comment