Friday, 26 June 2015

Karipap Pusing Inti Kentang Cheese

As salam...

Hari ni...saya buat karipap pusing...si nombor tiga suka makan karipap...hmmm...saya buat satu adunan ni...mak aiiii...dapat banyak...saya bagi sikit kat guard...yg extra tu...saya buat frozen...nanti kalau nak makan karipap...goreng saja...

Sebenarnya...saya tak pandai pun buat karipap walaupun mak saya mmg terkenal pandai buat karipap... hehehe...ada sampai satu tahap...jiran kat kampung pun sanggup pi rumah mak...semata2 nak belajar buat karipap...anak2...hmmmm...tak minat nak menuntut ilmu pun...sebenarnya saya malas nak kelim karipap tu...kelim yg mak buat...kemas dan comel je...

Tapi hari ni...saya nak tunjuk kat anak2 saya yg mak depa ni pun pandai buat karipap...dan saya nak buat karipap pusing...resepi asal boleh rujuk kat SINI

Hmmm...ini resepinya...
Resepi Karipap Pusing 
Bahan
Untuk kulit karipap
Bahan A
- 600g tepung gandum
- 50 g gula
- 250g air
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tpg jagung

Bahan B 
- 400 g tepung gandum
- 250g marjerin

Cara
  1. Satukan semua bahan A. Gaul sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.(saya guna mixer je).
  2. Bulatkan kepada doh kecil seberat 40g setiap satu. Ketepikan
  3. Kemudian, satukan pula semua bahan B, gaul sehingga boleh dikepal. Bahagikan kepada doh kecil seberat 35g.
  4. Ambil satu doh A, canaikan dan letak doh B ditengah dan bulatkannya bersama-sama.
  5. Canai doh itu setebal 0.5cm. Kemudian gulung.
  6. Kemudian canai lagi dari arah memanjang. Gulung. Ketuk-ketuk manja di kedua-dua hujung. Potong kepada empat bahagian. Canai lagi menjadi bentuk bulat.
  7. Isikan dgn inti di tengah, tutup dan kelim.
  8. Buat sehingga semua doh habis.
  9. Goreng dgn api sederhana sehingga warnanya menjadi keperangan.
  10. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
  11. Sedia utk dinikmati.


Resepi Inti Kentang Cheese
Bahan
- 1 kilo kentang dipotong dadu
- 400g isi ayam dipotong kecil
- 4 ulas bawang putih potong dadu
- 6 biji bawang besar potong dadu
- 3 sudu makan serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- daun sup dihiris
- daun bawang dihiris

Sos Putih 
- 5 keping keju cheesedale
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air

Cara
  1. Untuk sos putih, masak susu segar dan keju sehingga keju larut. Tambahkan pes tepung gandum. Masak lagi sehingga likat. Ketepikan.
  2. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam. Goreng hingga ayam kecut. Tambahkan serbuk lada hitam, bawang besar. Gaul sebati.
  4. Apabila bawang besar layu, tambahkan kentang yg telah direbus, daun bawang dan daun sup. Perisakan dgn garam. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan sos putih. Gaul hingga kesemuanya mesra.
  6. Tutup api dan sejukkan dahulu sebelum digunakan.
Hmmmm...kalau takmau guna inti kentang cheese ni...guna inti yg biasa tu pun boleh...inti sardin pun sedap jugak kan...apa rasa inti kentang cheese ni...sedap...creamy...cuma boss besar cakap mcm pelik sikit sebab first time makan inti yg mcm nih...tapi...anak2 semuanya suka...kulit karipap ni pulak...crispy...bila makan tu...berderai je masuk mulut...dan kulitnya tak liat walaupun dah sejuk...

Macam saya bagitau...satu adunan tepung tu...saya dpt dlm 60 biji... hahaha...bertabahlah anak2...minggu ni kita akan makan karipap je...

Okaylah...nak pi bagi si nombor lima tidoq....hmmm...selamat mencuba ya!

Babai

No comments:

Post a comment