Monday, 8 June 2015

Kek Alunan Kasih

As salam...

Hari ni birthday boss besar...saya plan nak buat pulut kuning...kehkehkeh... tapi beras pulut takdak... aishhhh...boleh je nak pi kedai tapi sebab nak kena bawak panglima dua beradik ni...saya pikiaq 10 kali...

Jadi...saya buat kek ni lah...nama kek pun dgn penuh kasih sayang kan...sesuai sangatlah buat kek yg simple...lagipun boss besar tak suka sangat makan kek...buat kek ni pun sebab nak bagi anak2 hepi sambut birthday ayah depa...

Okaylah...bila google resepi, nampaknya adunan kek ni macam adunan butter cake je...bezanya cuma ada kaler dan lapisan serbuk koko...hmmmmm...kreatif betul lah depa ni...



Apa lagi...jom tengok resepinya

Resepi Kek Alunan Kasih
Bahan
- 250g butter (suhu bilik)
- 1 1/2 cawan gula halus
- 5 biji telur
- 1/2 cawan susu cair
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- pewarna kesukaan (merah;hijau;kuning)
- serbuk koko secukupnya

Cara
  1. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
  4. Tambahkan esen vanila dan susu cair. Gaul hingga mesra.
  5. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Letakkan pewarna dan gaul rata.
  7. Ambil loyang yg telah di oles dgn sedikit butter. Masukkan lapisan pertama. Ratakan.
  8. Taburkan serbuk koko ke atas permukaan adunan. Gunakan penapis teh supaya lapisan koko rata.
  9. Kemudian, letakkan lapisan kedua. Ratakan dgn berhati-hati. Tabur serbuk koko.
  10. Masukkan lapisan ketiga. Ratakan. Hentak sedikit loyang.
  11. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven. Sejukkan sebelum di hidangkan.

Kek ni gebu...rasanya macam kek butter tu...satu adunan ni pun dpt banyak. Saya guna loyang 8"x8"...boleh lah berbahagi dgn jiran sikit...

Boss besar balik lambat...anak-anak dah tido...takdan depa nak nyanyi kat ayah depa ni...hahaha...kesian sebab si nombor empat dgn si nombor tiga yg dok tolong saya buat kek ni...tapi ayahnya balik lambat pulak...

Okaylah...apa lagi...kalau rasa nak makan kek butter...bolehlah cuba resepi ni...

Babai

No comments:

Post a comment