Thursday 5 February 2015

Udang Mentega

Salam...

Masak apa hari ni...saya cuma goreng ikan dan masak lemak sayur pucuk dgn suhun...

Lepas tu rasa macam sikit je menu...tambah lagi satu lah...kita masak udang...




Saya nak buat butter prawn...tapi masa saya goreng kuning telur tu...macam dah tergaring sikit pulak...hahaha...sila bayangkan tarzan yg sedang masak...mana taknya...sambil masak dok menjerit kat si nombor empat dgn si nombor lima...haishhhh...ligat & aktif dua orang ni...

Bersyukur lah...anak aktif...kalau anak dok senyap ja...kita pulak yg risau...betui tak?

Resepi ni simple ja...tapi rasanya memang sedap...

Meh...tengok resepinya..

Resepi Udang Mentega


Bahan
- 20 ekor udang sederhana di cuci bersih
- 2 biji telur ( asingkan putih dan kuningnya)
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 2 sudu besar butter
- 3 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 kiub pati ikan bilis (boleh guna kiub pati ayam, tapi saya takdak stok)
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu besar susu cair
- 2 pelepah daun kari
- garam secukupnya

Cara

Mula-mula kita buat serdak telur dulu
  1. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan butter. Apabila butter sudah cair,dengan perlahan-lahan tuangkan kuning telur. Pada masa yang sama, kacau kuning telur di dalam kuali itu dlm pusingan...ini supaya kuning telur tu jadi halus dan bertali. Setelah telur masak,toskan dan diketepikan.
Sekarang, kita nak goreng udang pulak
  1. Satukan udang, putih telur, kiub ikan bilis,serbuk lada sulah, sedikit garam di dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili padi.
  3. Kemudian, masukkan udang yang telah digaul tadi. Goreng hingga udang masak. Tambahkan susu cair. Perisakan dengan garam jika perlu. 
  4. Kacau sebati. Tutup api dan toskan.
  5. Kemudian, ambil serdak telur dan digaulkan dengan udang.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Hmmm...tengok tu, ada tangan kecik yg tengah nak ambil udang....sapa lagi...kalau bukan si nombor lima...anak-anak...pi lah tidoq...mak dah ngantuk nih...

Babai...

No comments:

Post a Comment