Tuesday 24 February 2015

Sagu Tembikai Susu

Salam...

Panas betul cuaca sekarang...si nombor lima tu asyik berpeluh je...yang si nombor dua pulak...balik sekolah agama je...terus mintak pasang aircond...nak oiii...ayah hangpa bukan tokey balak...mau beratus bil letrik bulan nih...

Bila hantar depa pi skolah...saya selalu pesan...betapa untungnya depa...dpt naik kereta...ada aircond...kawan-kawan yg lain..ada yg jalan kaki je...kita tengok pun kesian...galas beg besaq lagi kat belakang...tapi iyalah...bebudak ni...insaf sat ja...lepas tu...sama jugak...aishhh...tak buleh mak hangpa nak belagak ala-ala ustazah pilihan...hahahaha

Jadinya...hari ni...saya buat sagu tembikai susu...kebetulan...boss besar beli tembikai susu yang tawaq..tak ada rasa manis pun...bagi sepotong kat si nombor lima...dia luah balik...hmmmm...budak kecik pun dah pandai memilih...ingatkan dia makan semua...

Jadi...meh tengok resepinya...penyejuk tekak di hari panas ni...



Resepi Sagu Tembikai Susu

Bahan
- 1/2 cawan sagu
- 1/2 cawan susu
- 1/2 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 biji honeydew 
- 1/4 cawan gula batu
- Sedikit garam

Cara

  1. Rebus sagu hingga jernih. Tapis & bilas untuk buang  lebihan kanji pada sagu. Toskan.
  2. Scoop kan isi tembikai susu. Ketepikan. Baki isi yg tak di scoop, dimasukkan ke dalam blender dan diblend dengan secawan air. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan  gula batu dan sedikit air. Masak hingga gula batu larut. Tambahkan santan,susu cair, sagu dan isi tembikai yang telah dikisar tadi. Masak hingga sekali mendidih. Jika kurang manis, tambahkan sedikit gula. Campurkan sedikit garam untuk bagi rasa lemak santan.Tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Semasa menghidang, letaklah bebola honeydew yang di scoop tadi dan juga kuah santannya. Sedap dimakan sejuk-sejuk.





Sedap...rasa meluncur je kat anak tekak ni...kalau dapat honeydew yang betul-betul masak dan manis...mesti lagi terangkat...hmmm...ini jugak satu cara nak perabih buah honeydew yang tawar...kalau nak lagi best, masukkan sagu tembikai susu ni dalam plastik aiskrim malaysia, letak kat freezer...dapat makan aiskrim pulak...


Hmmm...apa lagi...selaamt mencuba!

Babai

No comments:

Post a Comment