Friday, 6 February 2015

Puding Jagung Lapis Sagu

Salam....

Saya suka makan puding dan agar-agar...sedapnya bila dapat makan puding sejuk-sejuk...sooorrrrrgaaaa....




Dalam peti ais ada lagi balance jagung dalam tin, balance yang buat apam balik hari tu...pasal apam balik ni...boleh baca  DI SINI...

Sementelahan...wahhhh bahasa...agar-agar pun ada, susu cair pun ada...apa lagi...jom kita buat puding pulak...





Resepi Puding Jagung Lapis Sagu

Bahan
- 1/2 paket agar-agar tali( saya guna cap burung layang-layang)
- 500 ml air
- 400 ml susu cair
- 1/4 cawan gula
- sedikit garam
- 3 sudu makan sagu direbus, bilas dan ditoskan
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau


Cara

  1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut. 
  2. Tambahkan gula dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Kemudian, campurkan susu cair. Kacau hingga mendidih. 
  4. Asingkan 500 ml daripada adunan tersebut ke dalam periuk kecil. Tambahkan sagu dan pewarna hijau ke dalamnya. Kacau sebati.
  5. Manakala, tambahkan jagung ke dalam baki adunan tadi. Kacau sebati.
  6. Dalam loyang 8", tuangkan 250 ml lapisan hijau ke dalamnya. Apabila beku, lorekkan sedikit dengan lidi/garfu. Masukkan bahagian jagung pula. 
  7. Apabila bahagian jagung beku, lorekkan dengan ldi/garfu sebelum dituangkan baki bahagian hijau. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk.
  8. Apabila telah beku, bolehlah dihidangkan.

Hmmm...dah siap...saya suka puding yang tak berapa manis, jika anda suka manis, bolehlah ditambahkan lagi gula...ikut citarasa masing-masing.

Babai

No comments:

Post a comment