Tuesday, 31 May 2016

Ciskek Tiga Bahan Je!

As salam...

Si nombor tiga suka makan ciskek...dan dah lama saya tak buat ciskek ni, last sekali masa birthday diri sendiri...saya buat mango ciskek...

Dalam chiller mmg ada white chocolate dan creamcheese...apa lagi search lah resepi ciskek ni kat youtube...nampak senang dan tempting...


Saya tak guna loyang, saya guna remekin kecik...dapatlah dalam lima biji...lepas dah siap, saya bubuh blueberry filling kat atas dia...


Okay...jom tengok resepinya
Resepi Ciskek Tiga Bahan
Bahan
- 120g white chocolate
- 120g cream cheese
- 3 biji telur

Untuk topping
- blueberry filling secukupnya

Cara

  1. Asingkan kuning dan putih telur. Ketepikan.
  2. Cairkan white chocolate secara double boil. Kemudian masukkan cream cheese. Gaul sebati.
  3. Tambahkan kuning telur. Kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk adunan yang lain, pukul putih telur hingga kental. Ambil 1/3 putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Gaul rata.
  5. Kemudian, tuangkan adunan itu ke dalam mangkuk adunan berisi baki putih telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ciskek ke dalam mangkuk remekin. Susun dalam loyang yang berisi air.
  7. Masukkan loyang itu ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Bakar secara steam bake selama 15 minit pada suhu 170C dan 15 minit berikutnya pada suhu 160C. Permukaan ciskek akan bertukar warna keperangan.
  9. Setelah oven auto off, rehatkan ciskek lebih kurang 15 minit lagi di dalam oven.
  10. Untuk mengeluarkan ciskek dari remekin, celupkan pisau dalam air panas, dan sisipkan pisau di sekeliling ciskek sebelum diterbalikkan.
  11. Ratakan blueberry filling di atas ciskek. Sedia untuk dinikmati.
Macam mana hasilnya...sedapnya! Lemak-lemak manis gitu dan tambah kick dengan blueberry filling tu...

Bukan si nombor tiga yg suka...si nombor empat pun tumpang sekaki... saya pun suka jugak cuma bila tengok perut berlipat ni...menyesal pulak...adeshhhh...

Apa lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment