Sunday 12 June 2016

Ayam Kukus Buah Kurma

As salam....

Baru-baru ni abg ipar saya bawak lauk ayam ni mai rumah...kami buat sesi bersahur dengan tiga famili...

Saya tak makan sbb saya lebih suka makan ayam yg digoreng ja...tapi Boss Besar cakap sedap...anak-anak pun cakap benda yg sama...

Hari ni, Boss Besar bagitau yg dia nak masuk dapur dan nak buat ayam kukus tu, tapi dia cakap yg dia taktau resepi...adoiiiii...call lah abang awak tu dan mintak resepi...so apa lagi...teruslah Boss Besar call abang dia...lepas tu dia bagi arahan kat saya utk sediakan bahan-bahan utk ayam tu...aishhhhh...kena masuk dapoq jugak, saya ingat boleh goyang kaki hari ni...

Ready kan semua bahan, Boss Besar yg perap dan bungkus ayam tu....time nak kukus, bantuan bini mithali diperlukan...adeshhhhh...

Dan hasilnya....memang sedap, ayam yg tender lagi juicy...anak-anak pun dok puji bapak depa pandai masak....kecik ati mak yg dok masak hari-hari ni...😤



Jom, apa lagi...ini resepinya...
Resepi Ayam Kukus dgn Buah Kurma
Bahan
- 1/4 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai*
- 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- 3 biji buah kurma
- garam secukup rasa
- aluminium foil secukupnya

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga hancur.
  2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan garam.
  4. Lumurkan ke seluruh bahagian ayam.
  5. Perap 30 minit.
  6. Letakkan ayam yg telah diperap di atas aluminium foil.
  7. Taburkan lada hitam. Letakkan buah kurma.
  8. Balut dengan kemas.
  9. Kukus 45 minit atau sehingga ayam masak.
  10. Sedia utk dinikmati.
Senang je resepi ni...bahan-bahan pun simple..sekejap dah abih...maklumlah cuma 1/4 bahagian ayam je...Boss Besar cakap ini baru trial...nak tgk menjadi ke tak...

Tekstur isi ayam ni mmg lembut dan aroma bahan perapan memang sebati dengan isinya...owhhh ya, semasa balut dgn aluminium foil tu, air perapan yg terhasil juga dimasukkan dan dibungkus sekali...nanti bila dah masak dan kita bukak foil tu, akan ada kuah lah...

Nampaknya, Boss Besar sangat hepi dgn hasil kejadian ayam ni...dia cakap nak buat lagi...

Jadi...apa lagi...cuba lah resepi ni, pasti puas hati!

Babai

No comments:

Post a Comment