Tuesday, 28 June 2016

Kulat Sisir Goreng telur

As salam,

Hari ahad hari tu, saya pi pasar tani kat seksyen 13, cari stok bahan mentah...masa pi tu, ada beli jugak kulat sisir...hmmm dah lama tak makan...ambillah dua pinggan...

Yang bestnya cendawan ni,  versi ditanam bukan kulat yang tumbuh sendiri kat batang pokok getah tu, jadinya nak basuh tu tak lah payah sangat...ingat dulu-dulu kalau nak makan kulat sisir ni, kena basuh betul-betul takut ada semut ka, ulat kecik ka kat dalam kulat tu...lagi satu mak saya suruh potong sikit bahagian akar tu, hmmmm...versi yang dibeli ni gemok-gemok dan bersih...cuba tengok kat bawah ni...
*
*
*

*
*
*
Selalunya, kalau mak saya, selalunya kulat sisir ni dibuat gulai dengan daging...tapi utk kali ni, Boss Besar request utk goreng dengan telur je...yayyyy...saya suka....sbb senang kan...cuma nak bagi ada kaler sikit, saya tambah carrot...sedappppnya!


Okay...meh tengok resepinya...
Resepi Kulat Sisir Goreng Telur
Bahan
- 2 mangkuk kulat sisir dibersihkan.
- 1/2 batang carrot dihiris
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji telur
- 1/2 sudu makan sos tiram
- garam secukup rasa
- minyak  utk menumis

Cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Tambahkan carrot dan cili merah. Kacau sebentar. 
  3. Kemudian masukkan kulat sisir dan sos tiram. Goreng hingga kulat sisir agak layu sebelum dipecahkan telur. Biarkan telur menjadi keras sedikit sebelum digaul hancur bersama-sama dengan kulat sisir.
  4. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  5. Tutup api apabila kulat sisir lembut dan masak sempurna.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Senang dan cepat...memikat selera pulak tu...bertambah-tambah Boss Besar makan masa bukak posa tadi, saya pun join sekaki gak...almaklumlah...dah lama tak makan kulat sisir ni...

Okaylah, bila bulan posa ni, malas pulak nak menceceh panjang-panjang...jadi apa yang ditunggu lagi...cubalah resepi yg simple ni, gerenti puas hati...

Babai

No comments:

Post a comment