Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan...

As salam...

Pukul 9.30 pagi si nombor satu mai tanya saya pukul berapa nak bukak posa...lepas tu si nombor dua pulak bagitau dia dahaga...adoyaiiiii...anak-anak...belum pun pukul 10 pagi lagi...bertabahlah ya!

Lepas tu dlm group watsap famili Boss Besar, depa hantar gambar pakat dok bakaq kaki lembu...nak buat singgang kaki utk berbuka lah tu, Boss Besar pulak reply suruh mai hantaq ke shah alam...hmmmm...jadi sebagai bini yg memahami...gigihlah saya pi pasar malam pukul 4.30ptg sbb nak beli tulang rusuk, takpa...depa masak singgang kaki, saya buat singgang tulang rusuk...kehkehkeh...tapi tak sempat pun nak amik gambaq...sbb saya dok kelam kabut sorang2 kat dapuq...kiranya bila siap hidang tu...ada beberapa minit je lagi nak bukak posa...tapi alhamdulillah...masa berbukak posa tadi...Boss Besar dan anak-anak makan bertambah...

Takpalah...gambar singgang tulang takdak,meh saya bagi gambaq sagu gula melaka dan resepinya...


Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan
- 2 1/2 cawan sagu putih
- 5-7 cawan air
- 2 ketul kecil gula melaka*
- 1 sudu makan gula pasir*
- 2 sudu makan gula merah*
- 1/2 cawan air*
- 1 helai daun pandan disimpul*
- secubit garam*
- susu cair secukupnya
- pewarna kesukaan

Cara

  1. Satukan semua bahan bertanda*. Masak hingga kesemua gula larut dan kuah pekat. Angkat dan tapis. Ketepikan.
  2. Rebus sagu bersama air sehingga jernih.(jika air kering dan sagu belum jernih, tambahkan lagi air).Angkat. Bilas dengan air utk membuang kanjinya. Toskan.
  3. Letakkan beberapa titik pewarna pada sagu. Kacau sebati.
  4. Dalam bekas yang sesuai, masukkan air gula merah diikuti dengan sagu. Kemudian tuangkan susu cair secukupnya. 
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Senangkan...bahan yg diguna pun senang nak dapat dan mmg selalu ada kat dapoq ni...si nombor lima suka betul dengan sagu ni...

Apa lagi...jom buat sagu gula melaka!

Babai

No comments:

Post a comment