Sunday, 29 May 2016

Rendang Sotong Berkuah

As salam...

Nak masak apa hari ni? Selongkar icebox, ada sotong...sambal sotong dah selalu saya masak, hari ni kita try buat rendang sotong pulak, lagipun ada sehelai daun kunyit yang dah kering dlm fridge, daripada terbiaq macam tu je, boleh guna dlm rendang nanti...

Rendang yg saya buat ni ikut versi apa bahan yg ada kat dapur...tak kisah lah ye...janji enak dimakan...hahaha...kenapa berkuah? Sebab si nombor dua suka lauk yg berkuah, satgi kalau masak yg kering-kering....muncung pulak mulut tu...


baru masak, bila dah lama, kuah makin pekat
Okay...ini resepinya
Rendang Sotong Berkuah
Bahan
- 15 ekor sotong saiz sederhana dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 8 biji bawang merah*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci halia*
- 2 batang serai*
- 5 biji cili hijau*
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
- 1 keping asam keping
- 2 batang serai diketuk
- 1 kotak kecil santan
- 1/4 keping gula nise saiz kecil
- 1 helai daun kunyit dihiris
- garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak masak
- air jika perlu

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, serbuk kari cili kisar dan asam keping. Goreng hingga garing dan terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan santan, gula nise, daun kunyit dan garam. Renehkan hingga santan mula pecah minyak. Kalau nampak pekat. Tambahkan sedikit air ( tapi nanti sotong pun akan keluarkan air juga)
  5. Masukkan pula sotong. Gaul rata. Perlahankan api. Masak sehingga sotong mula kenyal. Jgn lama sangat, nanti sotong liat.
  6. Tutup api apabila sotong masak dan rendang secukup rasa.
Macam mana rasanya...mestilah sedap bagi saya yg suka makan rendang ni...saya guna sotong saiz kiut miut je...sekejap je abih sotong ni...kuah rendang ni pulak boleh dibuat cicah dengan roti...

Awalnya saya nak guna cili hijau je, supaya rendang ni ala-ala kaler hijau gitu, lepas tu macam tak pedas pulak, pasal tu tambah lagi dengan cili kisar...sapa yang nak extra pedas tu, guna aje cili padi...

Apapun...rendang sotong pun sedap jugak dimakan...kalau selama ni dok masak rendang ayam je...apa kata merendang sotong pulak....

Babai


No comments:

Post a comment