Saturday 21 May 2016

Frambozen Kenari

As salam...

Dah lama saya nak buat biskut ni...untuk buat kudapan depan tv...bila tengok biskut ni, yg paling menggoda mestilah almond flakes tu kan...

Jadi hari ni, mood rajin ada mari...apa lagi jom masuk dapur...keletang keletung sambil dok masak nasik...sambil dok buat biskut ni...



Hmmm...ini resepinya
Resepi Frambozen Kenari
Bahan
A
- 180g butter pada suhu bilik
- 50g gula castor
- 280g tepung gandum
- 1/2 sudu teh emplex
- 1/2 sudu teh butter oil

B
- filling blueberry/ strawberry jam (ikut citarasa)

C
- 2 biji putih telur
- 30g gula castor
- 60g gula aising
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar tepung ubi
- almond flakes secukupnya

Cara
  1. Untuk lapisan bawah, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga sebati. Tambahkan emplex dan butter oil. Gaul sebati.
  2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga boleh dikepal-kepal.
  3. Masukkan doh ke dalam loyang yg telah dialas kertas minyak. Ratakan ke seluruh loyang dan tekan hingga padat.
  4. Cucukkan secara rawak permukaan doh dgn garfu.
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Bakar pada suhu 140C selama 25- 30 minit (bergantung pada jenis oven)
  7. Sementara menunggu doh masak, sediakan lapisan meringue pula
  8. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula castor dan gula aising. Pukul lagi hingga kental dan membentuk soft peak iaitu apabila mangkuk adunan diterbalikkan, meringue tak jatuh.
  9. Tambahkan esen vanilla dan tepung ubi. Kacau sebati. Ketepikan.
  10. Apabila doh bawah telah masak, keluarkan dari oven, sapukan filling blueberry pada permukaan doh. Biarkan sejuk sekejap.
  11. Kemudian, ratakan adunan B (meringue) pada permukaan doh bawah. Taburkan almond flakes secukupnya.
  12. Bakar pada suhu 130C selama 1 -1 jam 15 minit (bergantung pada jenis oven). 
  13. Biskut masak apabila permukaan dalam meringue tidak melekat.
  14. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dengan pisau yang tajam.
Ini pertama kali saya nak rasa biskut ni...jujurnya biskut ni sedap tapi manis lah...tak buleh makan banyak...mungkin lepas ni kena kurangkan amaun gula tu dan guna filling yang masam-masam sikit...mungkin buleh guna lemon curd yg masam-masam lemak manis tu...

Bahagian meringue tu macam tekstur marshmallow, kenyal-kenyal kat dalam...dan pemenang dlm biskut ni...mestilah almond flakes tu...crunchy..

Saya potong biskut ni masa tengah panas-panas lagi itu sebab potongannya tak berapa kemas, nasib baik saya baru potong setengah je, sebahagian lagi saya tunggu time biskut tu sejuk, potong dengan pisau tajam, baru kemas sikit...

Apa pun, saya pikir biskut ni sesuai diletakkan dalam candy buffet sbb cantik dan sedap terutamanya utk depa yang suka makan manis...

Jom...apa lagi...cubalah!

Babai


No comments:

Post a Comment