Saturday, 18 June 2016

Rasam Telur

As salam...

Hari-hari masak...sampai dah tak tau nak masak menu apa...saya kena pelbagaikan menu sbb kesian kat anak-anak yg posa ni...selalunya bila depa merungut nak bukak posa, saya suruh bertahan dan bagitau yg mak akan masak lauk feveret masing-masing...wahhhhh...buleh order mcm restoran pulak...

Tapi hari ni, saya masak ikut anak tekak saya...teringin nak makan rasam...dan nak bagi lagi marveolus, kita buat rasam telur...
Menu ni mcm menu pembuka selera lah sebab rasa dia yg masam-masam kan...lawan pulak dengan ikan masin...hasilnya...perghhhhh...


Takmau cerita panjang, ini resepinya...

Resepi Rasam Telur
Bahan
- 3 biji telur
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1/2 sudu teh lada hitam*
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah*
- 2/3 tangkai cili kering dipotong kasar
- 2 pelepah daun kari
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1/4 sudu teh biji sawi
- 1/2 kiub pati ayam
- asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn sedikit air ( kalau tak masam boleh tambah lagi)
- sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- sedikit mintak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk halus semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, biji sawi dan daun kari hingga terbit bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Goreng hingga garing. 
  4. Masukkan air asam jawa, air secukupnya, kiub pati ayam, hirisan cili kering dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian, pecahkan telur sebiji demi sebiji. jangan kacau. Biarkan telur menjadi kental.
  6. Perisakan dengan garam, jika kurang masam, bolehlah ditambahkan lagi air asam jawa.
  7. Tutup api apabila telur masak sempurna. 
Hmmmm...dah siap...mula-mula tu si nombor dua takmau makan...tapi bila dia rasa sekali...terus nak lagi...rasam ni sedap sbb ada rasa masam-masam tu, maklumlah dah sehari posa, bila dapat benda yang masam-masam ni lah yang akan bukak selera. Nak bagi happening, makan pulak dengan ikan masin...adoiiii...menambah-nambah nasi jadinya...


Jadi..kalau buntu nak masak apa, buleh lah dicuba resepi rasam telur ni...gerenti puas hati!

Babai

No comments:

Post a comment