Saturday, 4 July 2015

Ikan Tenggiri Cili Garing

As salam...

Menu hari ni simple je...selain masak cabai yg berkuah...masak cabai versi garing ni pun feveret famili saya...

Boleh guna apa2 ikan pun...macam hari ni...saya guna isi ikan tenggiri...5 keping isi ikan ni sekejap je abis...nampak gaya...sahur nanti saya goreng telur je...hahaha...

Ini resepinya...
Resepi Ikan Tenggiri Cili Garing
Bahan
- 5 keping isi ikan tenggiri digaram kunyitkan.
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 biji tomato dihiris
- 4 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 10 biji cili merah*
- 1/2 inci belacan*
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan kicap manis
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menggoreng ikan

Cara

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan satu senduk kecil minyak goreng ikan. Goreng bawang besar dan tomato hingga layu.
  4. Masukkan bahan tumbuk. Goreng sehingga garing dan naik bau. 
  5. Tambahkan air asam jawa, sos ikan dan kicap. Gaul rata.
  6. Perisakan dgn garam dan gula.
  7. Kemudian masukkan ikan. Kacau sehingga semua bahagian ikan bersalut dgn cili. Goreng lagi hingga cili garing.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Masa dok masak ni...habis melekat bau kat dapur...sampaikan si nombor dua tak sabar2 nak makan...

Dan masa bukak posa...semua pakat dok makan ikan ni...boss besar meratah cili yg garing tu...gaul dgn nasik pun sedap...

Hmmm...boleh lah cuba nanti ya!

Babai

No comments:

Post a comment