Wednesday, 15 July 2015

Ayam Kunyit Mak Saya

As salam...

Ini lagi satu resepi yg senang...ayam goreng kunyit...tapi kali ni...saya ikut style mak saya...

Hmmmm...saya sampai kampung pukul 5.30am...sempatlah bersahur dgn kadar kepantasan cahaya...dan nampaknya malam tadi dah ramai yg balik kampung...tgk waze...highway jammed...jadi kami ikut jalan lama...

Lepas subuh tu...boss besar tido sampai ke tengahari...saya tak buleh nak tido...sebabnya anak2 masa dlm kereta mmg dah tido...bila sampai umah maktok...haishhhh...mata tu dah celik besaq...gaya saya nak lelap mata...ada je yg dok panggil...

Okaylah...takmau cerita banyak...jom tengok resepinya...


Resepi Ayam Kunyit Mak Saya
Bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 1 labu bawang besar dihiris
- 2 biji cili merah dihiris
- 1 inci halia dihiris
- 1 pokok daun bawang dihiris kasar
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 cawan air
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit minyak masak

Cara
  1. Bersihkan ayam. Lumur garam dan serbuk kunyit pada seluruh bahagian isi ayam. Perap 10 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam kuali. Tambah air dan halia. Masak hingga ayam kecut dan airnya hampir kering.
  3. Masukkan pula minyak. Gorengkan sekejap.
  4. Apabila ayam mulai garing, masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah, daun bawang dan serbuk lada putih. Gaul rata.
  5. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  6. Tutup api apabila bawang mulai layu.
  7. Siap.

Hmmmm...apa beza ayam goreng kunyit ni...takdak beza apa pun...cuma ayam style mcm ni...lebih juicy...sebab direbus dahulu...masa tambah minyak tu...kalau kita takmau goreng sampai garing pun okay...saya suka goreng macam ni sebab senang si nombor lima nak gigit isi ayam tu nanti...

Apapun...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment