Thursday, 23 July 2015

Bendi Goreng Telur

As salam...

Selalunya bendi ni saya masukkan dlm kari, asam pedas ataupun saya celur buat ulam je...

Tapi hari ni..saya nak goreng dgn telur...macam mak saya selalu buat...senang dan sedap...ratah macam tu je pun dah cukup...


Ini resepinya...

Resepi Bendi Goreng Telur
Bahan
- 15 biji bendi dihiris
- 5 ulas bawang putih*
- 2 biji cili merah*
- 2 biji cili padi*
- 1 sudu makan udang kering*
- 1 biji telur
- 2 sudu makan bawang goreng
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis

Cara

  1. Tumbuk kasar semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumus bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan bendi.
  3. Goreng hingga bendi lembut dan airnya kering.
  4. Pecahkan telur. Biarkan telur masak sedikit sebelum dikacau hancur.
  5. Tambahkan bawang goreng.
  6. Perisakan dgn garam. Kacau sebati.
  7. Tutup api apabila bendi sudah empuk dan cukup rasa.
  8. Siap.
Wahhhhh....nampaknya...sekarang saya asyik share resepi yg sonang-sonang je....hahaha...takpelah...kot2 ada yg dok cari resepi ringkas...bulehlah cuba bendi goreng telur ni...

Apapun...walaupun ringkas....tapi mengbangkitkan selera gitu...

Cubalah!

Babai

No comments:

Post a comment