Sunday, 5 July 2015

Ayam Tairu

As salam...

Hari ni makan ayam...ntahlah dah taktau nak masak apa...ikut apa yg terlintas kat kepala je...

Resepi ayam ni saya dapat dari mamak nasik kandar kat kampung...dulu geng nasik kandar ni ada menyewa rumah dekat dgn rumah mak saya...depa masak lauk kat situ sebelum dijual...jadi...kalau mak saya takdan nak masak...saya akan pi beli lauk kat depa ni lah...selain ayam tairu...saya suka beli telur ikan yg dimasak mcm kari tapi kuahnya kering...hmmm...sampai la ni...saya tak boleh tiru lagi masak telur ikan tu...nak pi belajaq pun...geng nasik kandar tu dah pindah...sebab ini cerita 25 tahun yg lalu...ehhhh...terimbau nostalgia zaman muda pulak...*ketukkepala*



Apa lagi...inilah resepinya
Resepi Ayam Tairu
Bahan
- 1 ekor ayam dipotong kecil
- 1 labu bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 batang serai*
- 20 biji cili kering direbus*
- 200 ml susu cair
- 2 sudu makan cuka makan
- 1/2 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak masak

Cara

  1. Satukan susu cair dan cuka. Biarkan sehingga menjadi tairu.
  2. Bersihkan ayam. Lumur garam kunyit. Perap sebentar sebelum digoreng 3/4 masak. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk minyak (guna je minyak goreng ayam). Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. Kacau selalu supaya tak hangit dan tumisan masak sekata.
  5. Kemudian, masukkan ayam. Gaul hingga semua ayam bergaul mesra dgn tumisan. Tambahkan air. Kacau lagi.
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan tairu. Kacau. Perisakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
  7. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Apa rasa masak tairu ni...kuahnya ada rasa masam-masam sikit...pasal tu tak letak asam keping dlm resepi ni..kuahnya pulak likat dan melekat kat jari...bila makan tu...konsepnya sehingga menjilat jari...kehkehkeh...dan masak tairu ni sesuai kalau nak dimakan dgn roti benggali...sambil pekena pulak dgn kopi panas... aiyoyoyo...sedap...

Hmmmm...apa lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment